PPBM: PKR seperti kanak-kanak, tiada sokongan majoriti tapi nak cerita peralihan kuasa

Tariq turut dilaporkan berkata PKR tidak memiliki sokongan majoriti di Dewan Rakyat untuk menentukan siapa harus menjadi Perdana Menteri. Sumber (gambar): TTF

ڤڤبم: ڤقر سڤرتي كانق-كانق، تياد سوكوڠن ماجوريتي تاڤي نق چريتا ڤراليهن كواس

Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi PPBM Tariq Ismail hari ini menasihati PKR agar berhenti berkelakuan seperti kanak-kanak dan bercakap berkenaan peralihan kuasa.

Tariq turut dilaporkan berkata PKR tidak memiliki sokongan majoriti di Dewan Rakyat untuk menentukan siapa harus menjadi Perdana Menteri.

“Biarpun PKR memiliki kerusi terbanyak, mereka tidak memiliki sokongan majoriti untuk tentukan siapa harus menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Tariq kemudian merujuk kepada Artikel 43 Perlembagaan Persekutuan yang memberikan Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan siapa dari kalangan ahli-ahli Parlimen yang harus pegang jawatan Perdana Menteri.


PETALING JAYA: Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi PPBM Tariq Ismail hari ini menasihati PKR agar berhenti berkelakuan seperti kanak-kanak dan bercakap berkenaan peralihan kuasa.

Kenyataan Tariq susulan dakwaan ahli Parlimen PKR Selayang William Leong bahawa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masih berkelakuan sperti diktator dan cadangan William agar pihak yang berkenaan memikirkan “Pelan B” sekiranya Mahathir enggan lepas jawatan.




“(Percakapan berterusan berkenaan peralihan kuasa) hanya menimbulkan ketidakpastian siapa yang memegang kuasa.

“Melainkan mereka, seperti kanak-kanak, mahu diberi kepastian berulang kali daripada Mahathir bila beliau akan serah kuasa.

“Beliau sudah berulang kali katakana ianya akan berlaku selepas APEC. Mereka ini perlu berhenti sifat kebudak-budakan mereka,” Tariq dilaporkan memberitahu FMT.

Tariq turut dilaporkan berkata PKR tidak memiliki sokongan majoriti di Dewan Rakyat untuk menentukan siapa harus menjadi Perdana Menteri.

“Biarpun PKR memiliki kerusi terbanyak, mereka tidak memiliki sokongan majoriti untuk tentukan siapa harus menjadi Perdana Menteri.

Tariq kemudian merujuk kepada Artikel 43 Perlembagaan Persekutuan yang memberikan Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan siapa dari kalangan ahli-ahli Parlimen yang harus pegang jawatan Perdana Menteri.

Menurut artikel ini, Agong berhak membuat penentuan berdasarkan budi bicara Tuanku siapa yang difikirkan paling mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli parlimen.

Loading...

THE THIRD FORCE

Diadaptasi dari Malaysiakini



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...