PPBM Pontian persoal keikhlasan Kerajaan Negeri Johor bawah teraju UMNO

Ketua PPBM Pontian mendakwa banyak program di peringkat kerajaan negeri dan daerah seperti acara perasmian dan ibadah korban Aidiladha baru-baru ini hanya dihadiri pemimpin dari UMNO dan Barisan Nasional (BN). Sumber (gambar): Fail TTF

ڤڤبم ڤونتين ڤرسوال كاخلاصن كراجأن نڬري جوهر باوه تراجو امنو

Keikhlasan Kerajaan Negeri Johor yang diterajui seorang Menteri Besar daripada UMNO bagi menjaga parti komponen lain dalam Perikatan Nasional (PN), kini dipersoalkan.

Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pontian, Senator Datuk Isa Ab Hamid mendakwa, pucuk pimpinan kerajaan negeri dilihat bersendirian ketika menganjurkan program tanpa mempelawa pimpinan daripada Bersatu mahu pun Pas.

Isa turut menyelar tindakan sesetengah pemimpin parti yang lebih gemar membuat pengumuman di media berbanding mengadakan perbincangan terlebih dahulu mengenai pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Sepatutnya berbincang dulu, bukan buat pengumuman mengenai jumlah kerusi yang akan ditandingi. Ini kerana perkara itu boleh memecah belahkan kerjasama parti dalam PN,” katanya.


PONTIAN: Keikhlasan Kerajaan Negeri Johor yang diterajui seorang Menteri Besar daripada UMNO bagi menjaga parti komponen lain dalam Perikatan Nasional (PN), kini dipersoalkan.

Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Pontian, Senator Datuk Isa Ab Hamid mendakwa, pucuk pimpinan kerajaan negeri dilihat bersendirian ketika menganjurkan program tanpa mempelawa pimpinan daripada Bersatu mahu pun Pas.




Menurutnya, beliau melihat banyak program di peringkat kerajaan negeri dan daerah seperti acara perasmian dan ibadah korban Aidiladha baru-baru ini hanya dihadiri pemimpin dari UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Di mana keikhlasan kerajaan negeri dalam menjaga hubungan dengan parti-parti dalam BN. Jelas tiada keikhlasan bila program tiada libatkan kepimpinan Bersatu dan Pas.

“Saya berharap kerajaan negeri dapat melakukan tindakan lebih baik dengan makna yang lebih ikhlas,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Isa turut menyelar tindakan sesetengah pemimpin parti yang lebih gemar membuat pengumuman di media berbanding mengadakan perbincangan terlebih dahulu mengenai pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Sepatutnya berbincang dulu, bukan buat pengumuman mengenai jumlah kerusi yang akan ditandingi. Ini kerana perkara itu boleh memecah belahkan kerjasama parti dalam PN.

“Di Sabah, agihan kerusi sepatutnya dibuat secara praktikal antara parti-parti. Namun bagi saya, perkara penting adalah memilih wakil rakyat yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara,” katanya.

Sumber:

Loading...

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...