
ڤڤبم رتق تروق، اور-اور ڤرليمين باكل ترڬنتوڠ
Susulan spekulasi peletakan jawatan anggota jemaah menteri berikutan pemecatan Tun Dr Mahathir Mohamad dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), kini timbul dakwaan parlimen mungkin tergantung sekiranya beberapa ahli parlimen pro-Mahathir mengundur diri.
Menurut laporan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Redzuan Othman akan mengadakan sidang media petang ini di ibu pejabat Bersatu dan akan disertai Timbalan Menteri Kerja Raya Shahruddin Md Salleh.
Semalam, PPBM bertindak memecat Mahathir bersama empat lagi ahli parlimen dari parti berkenaan, termasuk Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Maszlee Malik dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
TTF dimaklumkan, beberapa pemimpin PPBM kini mengadakan mesyuarat-mesyuarat kecil merata-rata bagi membincangkan langkah seterusnya yang perlu diambil.
Perbincangan-perbincangan ini berkisar di sekitar pemecatan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan menimbulkan kecelaruan di peringkat pusat dan juga di peringkat akar umbi.
PETALING JAYA: Susulan spekulasi peletakan jawatan anggota jemaah menteri berikutan pemecatan Tun Dr Mahathir Mohamad dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), kini timbul dakwaan parlimen mungkin tergantung sekiranya beberapa ahli parlimen pro-Mahathir mengundur diri.
Menurut laporan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Redzuan Othman akan mengadakan sidang media petang ini di ibu pejabat Bersatu dan akan disertai Timbalan Menteri Kerja Raya Shahruddin Md Salleh.
Sekiranya kedua-dua mereka menarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional, ini akan menyaksikan parlimen yang tergantung.
PN akan hanya mempunyai 111 anggota parlimen, dengan Mahathir, Pakatan Harapan dan Warisan juga memiliki 111.
TTF dimaklumkan, beberapa pemimpin PPBM kini mengadakan mesyuarat-mesyuarat kecil merata-rata bagi membincangkan langkah seterusnya yang perlu diambil.
Perbincangan-perbincangan ini berkisar di sekitar pemecatan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan menimbulkan kecelaruan di peringkat pusat dan juga di peringkat akar umbi.
Semalam, PPBM bertindak memecat Mahathir bersama empat lagi ahli parlimen dari parti berkenaan, termasuk Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Maszlee Malik dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Wlaubagaimanapun, pemecatan ini dipertikai oleh Datuk Marzuki Yahya yang kemudian bertindak memecat setiausaha kerja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Muhammad Suhaimi Yahya.
Menurut Marzuki, pemecatan itu, yang berkuat kuasa serta-merta, dibuat selepas Suhaimi mengutuskan surat terhadap lima pemimpin PPBM bagi memaklumkan keahlian mereka ‘terhenti serta merta’.
Marzuki berkata Suhaimi dipecat serta merta kerana pelanggaran etika kerja dan perlembagaan PPBM (Pindaan 2019).
Beliau menambah, Suhaimi “membuat keputusan berhubung pentadbiran parti dan mengeluarkan surat pemecatan keahlian tanpa pengetahuan dan tidak merujuk saya terlebih dahulu selaku ketua pentadbir Ibu pejabat parti dan setiausaha agung parti yang sah.”
Marzuki memetik beberapa Fasal dari perlembagaan PPBM, termasuk Fasal 8.11 yang menetapkan “kesemua perihal pengurusan keahlian dan daftar ahli adalah di bawah bidang kuasa setiausaha agung.”
Di samping itu, Fasal 16.6.3 dan 16.6.5 menyatakan setiausaha agung mengelola pentadbiran ibu pejabat parti dan perihal pengurusan keahlian dan daftar ahli.
“Orang yang mengeluarkan surat itu harus dipecat dan kandungan surat itu sama sekali tidak ada asas. Tun dan yang lain masih sah sebagai ahli,” beliau dilaporkan sebagai berkata.
Marzuki turut dilaporkan berkata beliau masih merupakan setiausaha agung parti itu dan urusan berkaitan keahlian berada di bawah bidang kuasanya.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
