Presiden baharu UMNO (Pembongkaran Penuh)

“Baca artikel ini sampai habis (termasuk pautan-pautan yang diselitkan) agar anda memahami apa yang cuba disampaikan dan satu-satunya opsyen yang tinggal pada Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO”

Raggie Jessy Rithaudeen

Biro Politik Majlis Tertinggi (MT) Bersatu didakwa akan membuat keputusan meminta Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggugurkan semua menteri kabinet dari UMNO serta-merta.

Menurut laporan Suara.TV, langkah ini merupakan tindak balas ke atas keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menolak sebarang perbincangan kerjasama dengan Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Umum akan datang.




Tidak kira samada Muhyiddin benar-benar menggugurkan menteri UMNO atau tidak, kehancuran parti itu akan bermula tidak lama lagi apabila menteri-menteri ini berpura-pura ‘bersekutu’ dengan majoriti pemimpin bahagian dan ahli-ahli parlimen UMNO yang inginkan perubahan dalam kepimpinan parti.

RJ Rithaudeen

Memetik sumber yang tidak dinamakan, Suara.TV berkata, langkah pengguguran semua Menteri dan pemimpin Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dari UMNO tidak akan menjejaskan kedudukan Perdana Menteri kerana kerajaan yang ada hari ini merupakan kerajaan Darurat yang tidak memerlukan mandat dan sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

“Kedudukan Perdana Menteri dalam kerajaan darurat adalah atas keputusan mutlak Yang Di Pertuan Agong.

“Sebaik Darurat diisytiharkan kuasa baginda tidak lagi dikawal oleh fasal Perkara 43(2)(b) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan “Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.”

“Dalam pengisytiharan Darurat, YDP Agong mempunyai kuasa sepenuhnya menukar Perdana Menteri dan mengisytiharkan undang-undang melalui perintah Ordinan.

“Tindakan ini dipertimbangkan berikutan surat yang diterima oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dari Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi hujung bulan lepas,” laporan itu menulis.

Selama tiga hari berturut-turut, TTF membongkarkan segala penipuan Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) UMNO bersama sandiwara yang dimainkan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memperdaya ahli-ahli parlimen dan ketua-ketua bahagian UMNO.

Loading...

Semalam, TTF menulis:

Langkah MKT memaklumkan sesuatu kepada Muhyiddin yang tidak sejajar dengan apa yang dituntut oleh 147 bahagian UMNO sudah terbongkar dan sedang dibincangkan oleh ramai ketua bahagian dan cawangan.

Dalam pada pemimpin-pemimpin ini menuntut agar UMNO memutuskan hubungannya dengan PPBM berkuat kuasa serta merta, MKT secara senyap memberitahu Muhyiddin bahawa UMNO akan hanya menarik sokongan terhadap Perikatan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ini bermakna, Zahid dan MKT telah menipu majoriti pemimpin bahagian dan akar-umbi UMNO serta memperlekeh pengaruh mereka dalam parti, sekaligus bermakna MKT kini tidak sehaluan dengan akar umbi.

Baca pendedahan penuh di sini:

Terbongkar lagi, kali ini bagaimana Zahid tipu majoriti pemimpin UMNO

Dalam terbitan berasingan, TTF mempersoalkan mengapa MKT UMNO bergitu ‘terkesan’ dengan pengisytiharan Darurat dan penangguhan sidang parlimen sedangkan menteri-menteri UMNO terlibat sama dalam mesyuarat kabinet yang memberikan sokongan padu kepada Muhyiddin untuk mengambil langkah-langkah berkenaan.

TTF menulis:

Menurut sumber dalaman, keputusan untuk menangguhkan sidang parlimen merupakan keputusan “sebulat suara” dan disokong juga oleh seorang dua menteri UMNO yang dikatakan “pro-Najib dan pro-Zahid.”

Jadi buat apa ahli MKT menyindir Takiyuddin sedangkan UMNO sendiri terlibat dalam keputusan berkenaan?

Sama juga halnya dengan pengisytiharan Darurat.

Baca pendedahan penuh di sini:

Sandiwara terkini: UMNO sendiri setuju tangguh sidang Parlimen, kemudian UMNO sendiri bising

Apa pun, tidak kira samada Muhyiddin benar-benar menggugurkan menteri UMNO atau tidak, kehancuran parti itu akan bermula tidak lama lagi apabila menteri-menteri ini berpura-pura ‘bersekutu’ dengan majoriti pemimpin bahagian dan ahli-ahli parlimen UMNO yang inginkan perubahan dalam kepimpinan parti.

Persekutuan ini dijangka akan menjurus kepada Mesyuarat Agung Tergempar (EGM) yang seterusnya akan mengusulkan penyingkiran Zahid dan pelantikan salah seorang menteri UMNO sebagai presiden parti itu.

Menteri berkenaan kemudiannya dijangka akan bersetuju untuk menggabungkan UMNO dan PPBM di bawah bumbung UMNO-BERSATU atau BERSATU-UMNO dengan persetujuan agar calon-calon “UMNO asal” ditawarkan lebih kerusi.

Hanya satu sahaja cara bagi MKT mengelakkan kehancuran ini, dan caranya ialah untuk berhenti bersandiwara dan menurut kehendak 147 bahagian UMNO yang inginkan parti itu memutuskan terus hubungan dengan PPBM berkuat kuasa serta merta.

MKT turut perlu mencetuskan EGM tersendiri bagi mengusulkan kemasukan semula Tun Dr Mahathir Mohamad ke dalam UMNO bagi menerajui semula parti itu bersama Tengku Razaleigh Hamzah kea rah Pilihan Raya Umum ke-15.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...