
Parti Gerakan Malaysia digegarkan hari ini dengan desakan agar presidennya, Dominic Lau, meletakkan jawatan.
Menrut laporan, bekas ketua pemuda Gerakan Pulau Pinang, Jason Loo, membuat desakan tersebut atas alasan Dominic “memalukan dan merosakkan” parti.
Loo melabelkan Lau sebagai “bodoh” dan menyifatkan beliau sebagai seorang yang “gila publisiti.”
“Tukar presiden sekarang atau Gerakan akan menjadi parti usang selamanya. Hentikan kegilaan publisitinya sekarang kerana dia telah memalukan parti secara terbuka,” katanya.
PETALING JAYA: Parti Gerakan Malaysia digegarkan hari ini dengan desakan agar presidennya, Dominic Lau, meletakkan jawatan.
Menrut laporan, bekas ketua pemuda Gerakan Pulau Pinang, Jason Loo, membuat desakan tersebut atas alasan Dominic “memalukan dan merosakkan” parti.
Desakan ini didakwa terkandung dalam satu surat terbuka yang ditujukan kepada calon-calon pusat Gerakan, di mana surat berkenaan dikongsi di Facebook Loo.
Dalam surat berkenaan, Loo melabelkan Lau sebagai “bodoh” dan menyifatkan beliau sebagai seorang yang “gila publisiti.”
“Tukar presiden sekarang atau Gerakan akan menjadi parti usang selamanya.
“Hentikan kegilaan publisitinya sekarang kerana dia telah memalukan parti secara terbuka.
“Dia tidak memiliki ketajaman politik. Dia tidak mempunyai hala tuju politik. Dia tidak mempunyai pertimbangan politik. Dia tidak mempunyai rancangan. Dia tidak mempunyai strategi. Dia tidak ada idea.
“Dia membuang banyak masa yang diperlukan untuk kebangkitan semula Gerakan. Kita tidak boleh membuang masa kita kepadanya,” dakwanya.
Loo turut didakwa menyifatkan Lau sebagai “oportunis” yang ingin meminta bantuan daripada pemimpin semasa.
“Kebelakangan ini, dia dipandang sebagai oportunis dengan berusaha mendapatkan sokongan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dengan mengundangnya sebagai tetamu kehormat di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Gerakan, menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim di Pilihan Raya Kecil Port Dickson, menawarkan Mohamed Azmin Ali tempat di Gerakan semasa ‘Langkah Sheraton’ dan yang terbaru, menyatakan sokongan terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.
“Seseorang tidak boleh menjadi terlalu tidak berprinsip dalam politik tetapi Lau berjaya melakukannya.
“[…] Kepemimpinan sekarang gagal memenuhi harapan pendirian Gerakan. Mereka hanya mengejar kepentingan diri,” dakwanya.
Loo dipercayai tidak senang dengan tindakan Lau menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hingga mengumumkan tidak akan bekerjasama dengan parti politik lain “demi kepentingan rakyat”.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
