“Pizi Jihat, yang ditolak pencalonannya, ada lah Presiden Kelab Che Det ia itu sebuah kelab yang menyokong Tun Mahathir.”
Permulaan yang tidak baik bagi Pakatan Harapan di hari pencalonan PRU14 apabila salah seorang calon DUN mereka untuk kerusi Bukit Pasir N08 Pizi Jihat telah di tolak untuk bertanding oleh SPR.
Dari percakapan Video yang kami lihat melalui Twitter yang di muat naik oleh individu yang di percayai penyokong atau mungkin sahabat beliau , alasan yang di beri ada lah atas sebab dokumentasi atau pun teknikal.
Menurut kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang terlihat kecewa dengan penolakan pencalonan Pizi Jihat , ia di tolak atas sebab masalah kedudukan isu muflis beliau (Pizi Jihat) dan berkenaan urusan dengan pihak Insolvensi.
Namun , menurut Pizi Jihat sendiri , ini semua ada lah atas sebab cara cara baru yang di perkenal kan oleh SPR yang di dakwa nya menyusahkan.
Kami mendapat maklumat Pizi Jihat ada lah Presiden Kelab Che Det ia itu sebuah kelab yang menyokong Tun Mahathir.
Pada kenyataan nya Piji Jihat enggan memberitahu beberapa hal berkaitan penolakan nya kerana mahu merujuk kepada peguam terlebih dahulu.
Nyata sekali isu penolakan ini ada lah antara rencah pada hari pencalonan kerana ada juga kes calon tidak membawa Mykad dan juga calon yang tiada kad SPR.
Sumber: tv14
