
‘ڤريسيدن امنو ڤنيڤو’ – شهيدان كسسيم ڤد مجليس ڤن
Datuk Seri Shahidan Kassim mengejutkan hadirin di majlis penamaan calon-calon Perikatan Nasional Terengganu apabila diumumkan akan bertanding di parlimen Arau atas tiket gabungan itu.
Perkara itu diumumkan oleh presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang turut mengesahkan penyandang kerusi Maran, Ismail Abd Muttalib, akan dikekalkan sebagai calon di kerusi itu sebagai calon PN.
Dalam ucapannya, Shahidan mengecam Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai “penipu” kerana gagal mengikut janji yang diucapkan sebelum ini.
“Saya nak ulangkan sekali lagi di sini, bahawa, presiden UMNO tipu…penipu.”
Datuk Seri Shahidan Kassim mengejutkan hadirin di majlis penamaan calon-calon Perikatan Nasional Terengganu apabila diumumkan akan bertanding di parlimen Arau atas tiket gabungan itu.
Perkara itu diumumkan oleh presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang turut mengesahkan penyandang kerusi Maran, Ismail Abd Muttalib, akan dikekalkan sebagai calon di kerusi itu sebagai calon PN.
Shahidan turut berucap di majlis berkenaan.
“Saya perlu balik ke Perlis untuk isi borang. Watikah dah dibagi tapi borang belum isi,” katanya.
Dalam ucapannya, Shahidan mengecam Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai “penipu” kerana gagal mengikut janji yang diucapkan sebelum ini.
Menurut Shahidan, senarai cadangan calon daripada “top five” Umno tidak diendahkan oleh Ahmad Zahid.
“Saya nak ulangkan sekali lagi di sini, bahawa, presiden UMNO tipu…penipu.
“Dia kata, kita serah kepada ‘top five’…top five pilih nama saya.
“Tetapi dia ubah nama, depa kata saya khianati parti. Siapa khianat parti? Dia atau saya,” tanya Shahidan, diiukti dengan sorakan hadirin “dia!!”
THE THIRD FORCE
