“Rujuk juga penjelasan menerusi video di hujung bawah”
Raggie Jessy Rithaudeen
Berikut merupakan anggaran kasar berdasarkan pemerhatian saya:
1. Seramai 4,944 pengundi berdaftar yang mengundi pada Pilihan Raya Ayer Kuning 2022 tidak hadir untuk mengundi kali ini.
2. Manakala itu, 753 pengundi yang memangkah PAS pada Pilihan Raya Ayer Kuning 2022 tidak mengundi PAS kali ini.
3. Sebahagian daripada jumlah ini beralih mengundi calon UMNO.
4. Selebihnya (daripada 753 di atas) tidak hadir untuk mengundi.
5. Ini menjelaskan sebab PAS kehilangan hampir semua PDM yang sebelum ini menjadi ‘kubu kuat’ PAS.
6. Mungkin juga wujud penyokong UMNO yang tidak keluar mengundi.
7. Namun, jumlahnya kecil, memandangkan PAS hilang hampir semua PDM yang dipegangnya dulu.
8. Menerusi anggaran kasar (setelah mempertimbangkan kesemua faktor di atas), saya percaya UMNO memperolehi antara 2,500 hingga 2,600 undi Cina.
9. Penentuan yang jitu hanya boleh dibuat setelah kita memperolehi data terperinci daripada SPR, merangkumi pecahan pengundi yang keluar mengundi ikut bangsa.
