PRK KKB: Sabtu ini hari penentu masa depan PN, PH dan BN (Pendedahan)

TONTON JUGA: Kedua dua PH-BN, PN terdesak sebab Implikasi luarbiasa keputusan PRK KKB

Raggie Jessy Rithaudeen

Rakyat tertunggu-tunggu satu perkara di Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu Sabtu ini – siapa menang dan siapa kalah.

Yang lain tak penting.




Rakyat tidak peduli sebab apa pihak ini kalah atau pihak itu menang, atau adakah berlaku peralihan undi Melayu-Islam atau Cina kepada Perikatan Nasional.

Semua itu tak penting. Yang penting, siapa kalah dan siapa menang.

Kalau dulu, selepas PRK atau PRN, kita boleh membuat analisa dan menilai berapa peratus undi Melayu-Islam beralih ke PN, tidak kira PN menang atau kalah.

Rakyat mengambil kira analisa ini sebagai bukti kakisan sokongan terhadap gandingan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.

Namun, hari ini, setelah hampir setahun setengah PH-BN berkuasa, majoriti rakyat marah dan muak dengan retorika politik.

Mereka sudah membuat keputusan, dan saya percaya, majoritinya tidak sokong kerajaan.

Kalau Melayu-Islam, majoritinya akan sokong PN. Kalau Cina, mereka yang marah mungkin tidak keluar mengundi.

Loading...

Kesemuanya mahu melihat siapa yang menang dan siapa yang kalah. Jika PN menang, mereka akan sorak gembira.

Melayu-Islam akan teruja kerana gandingan PAS dan Bersatu berjaya rampas kerusi DAP. Cina yang marah pula akan gembira kerana DAP diberi “wake up call” (panggilan kesedaran).

Namun, jika PN kalah, rakyat tidak mahu dengar lagi sebarang alasan atau analisa.

Sebabnya, orang yang marah jarang berfikir secara rasional, dan orang yang muak tidak suka mendengar.

Melayu-Islam akan pegang pada persepsi bahawa ‘gelombang Biru-Hijau” yang besar sekalipun tidak mampu merampas kerusi DAP, walaupun di kawasan majoriti Melayu.

Golongan Cina yang marah pula akan hilang keyakinan bahawa PN mampu menggugat kedudukan DAP, sekaligus merencatkan harapan PN bahawa peralihan undi Cina akan berlaku menjelang PRU16.

Sebab itu kemenangan PRK Kuala Kubu Baharu penting.

Namun, kesemuanya bergantung kepada peratus Melayu-Islam yang keluar mengundi dan sokongan pengundi India.

Jika Melayu-Islam malas mengundi Sabtu ini, DAP akan diselubungi aura kekebalan yang akan bertambah kuat jika persempadanan semula berjaya menambahkan lagi “kerusi kuat PH.”

Pada masa itu, janganlah duduk termenung, kerana sebarang harapan untuk PN menguasai kerajaan dalam tempoh 10-20 tahun akan datang akan hancur berkecai.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...