PRK Mahkota: Jika Cina tidak keluar undi di Mahkota, petanda kemunculan pengundi Cina atas pagar

TONTON JUGA: Terima hakikat – Persempadanan semula akan untungkan kedua-dua UMNO dan PH

Raggie Jessy Rithaudeen

Media melaporkan bahawa Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi, menyuarakan harapan agar pengundi Cina tidak menghukumnya dengan tidak keluar mengundi pada pilihan raya kecil DUN ini.

Dalam sesi temubual bersama China Press, Onn berkata dia menerima laporan daripada komuniti perniagaan yang menyatakan pengundi Cina di Mahkota kurang berminat untuk mengundi kali ini.




“Jika benar, saya sangat-sangat sedih. Kerana isu-isu di peringkat persekutuan, mereka (pengundi Cina hendak) hukum saya.

“Kalau betul ia berlaku saya rasa macam saya kena hukum. sebab kerana saya bekerja keras untuk bangsa Johor tanpa mengira warna kulit,tanpa mengira cuaca,” katanya.

Barangkali Onn merujuk kepada isu pensijilan halal yang mencetuskan kontroversi antara Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh dan Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok.

Sebelum ini, ada yang percaya isu KK Mart menjurus kepada boikot Cina di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap, di mana lebih 40% pengundi Cina memilih untuk duduk di rumah.

Boikot itu berlaku di Negeri kubu kuat DAP dan terlalu besar untuk dikategorikan sebagai ‘tindakan merajuk’ yang bersifat sementara.

Sebaliknya, boikot sebesar ini mencadangkan wujud penolakan terhadap Pakatan Harapan (PH) di kalangan segolongan pengundi Cina.

Jika tafsiran ini betul, maka buat kali pertama sejak 2008, sudah ada pengundi Cina atas pagar yang menolak PH tetapi masih tidak bersedia untuk mengundi Perikatan Nasional (PN).

Loading...

Jika  ‘boikot’ ini berulang di Johor, saya yakin fenomena ini sedang menular ke seluruh negara.

Walaupun isu-isu kontroversi seperti ‘KK Mart’, ‘pensijilan halal’ dan ‘kehadiran pegawai JAKIM di jabatan kerajaan’ menjadi penyumbang, saya percaya pencetus sebenar kemarahan pengundi Cina berkait dengan isu nasional yang jauh lebih besar.

Pada pengamatan saya, punca utama wujud rasa tidak puas hati dan marah di kalangan masyarakat Cina ialah dasar kerajaan yang berpotensi membawa impak buruk terhadap ekonomi masyarakat Cina, khususnya, pada usahawan Cina

Kemarahan ini memuncak sebelum PRK Sungai Bakap apabila media asing melaporkan bahawa kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengapungkan harga disel.

Ini semestinya mengejutkan usahawan Cina yang sekian lama beroperasi dalam suasana harga disel terkawal.

Apabila Anwar berjanji untuk turunkan harga minyak, golongan ini sudah pasti teruja dan bertekad untuk menykokong PH.

Janji ini dilaung-laungkan selama dua dekad dan diulangi lima bulan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15, pada ketika nilai ringgit lebih teruk berbanding sekarang.

Namun, setelah menjadi Perdana Menteri, Anwar menafikan pernah mengulangi janjinya sebelum PRU15 dan terus mengapungkan harga disel.

Saya percaya masyarakat Cina boleh menutup sebelah mata jika janji-janji kecil tidak ditunaikan tetapi sukar menerima sesuatu yang berpotensi membebankan ekonomi mereka.

Falsafah pengundi Cina mudah – mereka akan menyokong sesiapa sahaja yang mampu memenuhi dua syarat ini:

1. menjamin suasana ekonomi yang positif untuk perkembangan ekonomi dan perniagaan Cina, dan

2. hidak mengganggu gugat kewujudan sekolah atau Institusi Pendidikan Tinggi Cina

Tindakan mengapung disel pasti ditafsir sebagai penipuan yang tidak boleh dimaafkan, dan saya yakin ada di kalangan usahawan Cina kini terkenangkan zaman BN dan PN dan sedan menilai semula tahap sokongan mereka terhadap PH.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...