TONTON JUGA: Mahkota mungkin jadi medan permulaan kejatuhan DAP, ini sebabnya
FMT: Seorang pemimpin DAP menyuarakan kebimbangan ramai pengundi Cina akan turun mengundi pada PRK Mahkota Sabtu disebabkan kemarahan mereka terhadap Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh.
Pemimpin enggan dinamakan itu berkata DAP serta Pakatan Harapan (PH) turut terpalit dengan kemarahan komuniti berkenaan yang mewakili 34% daripada 66,318 pengundi dan dianggap ‘kingmaker’.
Sumber itu turut mendakwa wujud rasa tidak puas hati semakin menebal terhadap parti komponen kerajaan perpaduan kerana memainkan isu perkauman serta agama.
Menurutnya, keadaan itu mencetuskan desakan masyarakat Cina memboikot proses pengundian di Mahkota, Sabtu ini.
PETALING JAYA: Seorang pemimpin DAP menyuarakan kebimbangan ramai pengundi Cina akan turun mengundi pada PRK Mahkota Sabtu disebabkan kemarahan mereka terhadap Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh.
Pemimpin enggan dinamakan itu berkata DAP serta Pakatan Harapan (PH) turut terpalit dengan kemarahan komuniti berkenaan yang mewakili 34% daripada 66,318 pengundi dan dianggap ‘kingmaker’.
Menurutnya, berdasarkan interaksi dengan akar umbi di negeri itu, ‘ramai’ tidak berpuas hati dengan DAP yang berdiam diri dengan tindakan Akmal termasuk serangannya terhadap Naib Presiden Teresa Kok berhubung isu pensijilan halal.
Sumber itu turut mendakwa wujud rasa tidak puas hati semakin menebal terhadap parti komponen kerajaan perpaduan kerana memainkan isu perkauman serta agama.
Menurutnya, keadaan itu mencetuskan desakan masyarakat Cina memboikot proses pengundian di Mahkota, Sabtu ini.
“Gesaan masyarakat Cina tidak mengundi pada PRK Mahkota semakin kuat,” kata sumber itu kepada FMT, dengan menambah surat layang dalam bahasa Mandarin turut diedarkan di beberapa kawasan perumahan.
“Segelintir komuniti itu marah dengan Barisan Nasional (BN) dan Umno.
“Mereka yang keluar mengundi nanti mungkin akan memilih Perikatan Nasional (PN) semata-mata untuk ‘mengajar’ Umno kerana tidak ‘mendiamkan’ Akmal.”
Beliau menyamakan sentimen sama seperti ketika PRK Lunas pada 2000 apabila Dr Mahathir Mohamad, menggelar Suqiu sebagai ‘komunis’.
“Mahathir kemudian menarik balik kata-katanya dan pengundi menyokong Saifuddin Nasution Ismail dari PKR yang ketika itu pembangkang,” katanya.
Kontroversi dicetuskan Akmal menunjukkan kepada masyarakat Cina bahawa Umno masih tidak berubah, kata sumber itu.
“Jika pengundi Cina tidak keluar mengundi, ini menjadi referendum terhadap kesilapan Umno dalam kerajaan perpaduan.”
Sementara itu, seorang pemimpin Umno yang enggan dinamakan percaya Akmal akan dijadikan kambing hitam DAP sekiranya peratusan jumlah pengundi Cina tidak ramai.
Katanya, DAP menggunakan Akmal untuk menutup kekurangan parti itu dan PH.
Menurutnya, sekiranya jumlah pengundi Cina rendah, ini disebabkan prestasi kerajaan persekutuan pimpinan PH.
Beliau berkata, ini dibuktikan menerusi sokongan kurang daripada masyarakat Cina ketika PRK Sungai Bakap Julai lalu, yang menunjukkan hanya 47% pengundi dari masyarakat itu keluar mengundi.
Pemimpin Umno itu memetik kenyataan badan pemikir Ilham Centre yang menyatakan pengundi Cina ketika itu ‘tidak bersemangat’ mengundi dan memilih PH akibat rasa tidak puas hati dengan prestasi kerajaan dalam menguruskan ekonomi.
“Samalah di sini (Mahkota),” katanya.
PRK Mahkota diadakan susulan kematian Adun Umno Sharifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos lalu.
Syed Hussien Syed Abdullah dari BN akan berdepan Haizan Jaafar dari PN.
Sumber:
