PRN 6 negeri: Muhyiddin yakin 70-80 peratus rakyat pilih PN

Muhyiddin berkata, empat negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Kedah kekal menggunakan logo PN pada PRN masing-masing. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤرن 6 نڬري: محي الدين يقين 70-80 ڤراتوس ڤنوندي ڤيليه ڤن

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Perikatan Nasional (PN) yakin mampu meraih sekurang-kurangnya 70 peratus pengundi Melayu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri kelak.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, berdasarkan tinjauan dan data yang dikumpulkan sebelum ini, kebanyakan rakyat menunjukkan minat kepada PN.

“Saya yakin, walaupun tidak 100 peratus, tapi 70 hingga 80 peratus sokongan rakyat terutama orang Melayu sangat baik. Daripada kajian, kita dapatkan pandangan mereka, seperti di Selangor nampaknya kita agak ke hadapan.

“Trend sokongan kepada PN ini semakin meningkat berdasarkan situasi semasa berlaku dalam negara, UMNO serta politik Kerajaan Perpaduan.”


MUAR: Perikatan Nasional (PN) yakin mampu meraih sekurang-kurangnya 70 peratus pengundi Melayu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri kelak.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, berdasarkan tinjauan dan data yang dikumpulkan sebelum ini, kebanyakan rakyat menunjukkan minat kepada PN.




Malah kata beliau, PN kini dilihat lebih ke hadapan dari segi populariti dan rakyat boleh menilai hala tuju negara di mana PRN bakal menjadi penanda aras baharu politik.

TONTON: SATU ANCAMAN BESAR SELUBUNGI NEGARA INI

TONTON JUGA: UMNO TERDESAK SAMPAI MENIPU, JAJA NAMA AGONG UNTUK SERU AHLI SOKONG DAP

“Saya yakin, walaupun tidak 100 peratus, tapi 70 hingga 80 peratus sokongan rakyat terutama orang Melayu sangat baik. Daripada kajian, kita dapatkan pandangan mereka, seperti di Selangor nampaknya kita agak ke hadapan.

“Trend sokongan kepada PN ini semakin meningkat berdasarkan situasi semasa berlaku dalam negara, UMNO serta politik Kerajaan Perpaduan.

“Semua ini akan dinilai oleh mereka. Saya jangka sebahagian besar rakyat kecewa apa yang sedang berlaku dalam negara, mereka tidak lihat keberkesanan, cakap banyak tetapi cakap tidak serupa bikin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang ketika menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pagoh dan DUN Bukit Kepong di Kompleks Sukan Pagoh, di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, empat negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Kedah kekal menggunakan logo PN pada PRN masing-masing.

Manakala bagi Kelantan dan Terengganu pula, PN tidak berdepan masalah jika Pas mahu menggunakan parti mereka di negeri berkenaan.

Loading...

“Setakat hari ini kita kekalkan, kecuali kalau Pas ada perubahan. Sebelum ini Pas menerima logo PN di Kedah dan mereka gunakannya sampai sekarang, mereka masih kekalkannya.

“Tapi di Kelantan dan Terengganu kalau mereka akan gunakan logo Pas tidak mengapa kerana orang sudah kenal PN untuk PRN. Tetapi secara dasarnya hubungan kita dalam PN cukup baik. Malah ada kemajuan dalam kerjasama ini jika nak dibandingkan dengan PRU yang lepas,” katanya.

Sumber berita:

Tajuk:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...