PRN: GPS tidak hantar jentera kempen, tapi menteri, timbalan menteri Kabinet akan bantu – Abang Johari

Tan Sri Abang Johari Abang Openg. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤرن: ڬڤس تيدق هانتر جنترا كيمڤين، تاڤي منتري، تيمبالن منتري كابينيت اكن بنتو – ابڠ جوهري

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Gabungan Parti Sarawak (GPS) memutuskan untuk tidak terbabit secara langsung dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di Semenanjung, bulan depan.

Bagaimanapun, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata, pihaknya akan menghantar wakil bagi mengiringi calon parti Kerajaan Perpaduan di enam negeri terbabit pada hari penamaan calon, 29 Julai ini.

Abang Johari yang juga Pengerusi GPS berkata, faktor lain pihaknya tidak menghantar jentera kempen ialah mereka kurang arif dengan isu di Semenanjung.

“Tetapi kita mahu membawa mesej (menerusi menteri dan timbalan menteri) perkara penting yang perlu ditekankan ialah perlunya semua negeri itu memiliki kerajaan negeri yang stabil,” katanya.


KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) memutuskan untuk tidak terbabit secara langsung dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di Semenanjung, bulan depan.

Bagaimanapun, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata, pihaknya akan menghantar wakil bagi mengiringi calon parti Kerajaan Perpaduan di enam negeri terbabit pada hari penamaan calon, 29 Julai ini.




Beliau berkata, lima menteri dan enam timbalan menteri dari GPS yang berada di dalam Kabinet Persekutuan pula akan membantu menerusi tugas mereka di kementerian masing-masing.

TONTON: SAYA TERKEJUT PM LABEL PANDANGAN ORANG LAIN ‘PANDANGAN HAPRAK’

“Kita (GPS) tidak akan menghantar jentera kempen, tetapi kita ada 11 wakil dalam kabinet Persekutuan yang akan membantu rakan-rakan parti Kerajaan Perpaduan.

“Fadillah (Datuk Seri Fadillah Yusof) sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pastinya memikul tanggungjawab untuk seluruh negara, Datuk Tiong (Datuk Seri Tiong King Sing) Menteri Pelancongan Malaysia tentunya mahu memberi tumpuan kepada sektor pelancongan misalnya memastikan Langkawi terus menjadi lokasi tumpuan di Malaysia, Nancy (Datuk Seri Nancy Shukri) pula memberi tumpuan kepada kebajikan seluruh Malaysia manakala Datuk Rubiah Wang sebagai Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah akan memainkan peranan sesuai dengan tanggungjawab kementeriannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi GPS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, malam ini.

Abang Johari yang juga Pengerusi GPS berkata, faktor lain pihaknya tidak menghantar jentera kempen ialah mereka kurang arif dengan isu di Semenanjung.

“Tetapi kita mahu membawa mesej (menerusi menteri dan timbalan menteri) perkara penting yang perlu ditekankan ialah perlunya semua negeri itu memiliki kerajaan negeri yang stabil,” katanya.

Selain Fadillah, empat lagi Ahli Parlimen GPS berjawatan Menteri ialah Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Datuk Seri Tiong King Sing, Datuk Seri Nancy Shukri dan Datuk Aaron Ago Dagang.

Loading...

Enam Timbalan Menteri pula ialah Datuk Rubiah Wang, Datuk Hanifah Hajar Taib, Datuk Hasbi Habibullah, Datuk Seri Huang Tiong Sii, Lukanisman Awang Sauni dan Datuk Wilson Ugak Kumbong.

Sumber:

#AbangJohari #PRN #GPS



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...