PRN Johor: Mohamad Hasan akhirnya mengaku sukar jangka kemenangan kerusi BN

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤرن جوهر: محمد حسن اخيرڽ مڠاكو سوكر جڠك كمناڠن كروسي بن

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hassan mengakui sukar untuk menjangkakan kemenangan parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac depan.

Menurutnya, hal itu disebabkan kewujudan 756,000 pemilih baru meskipun beliau yakin BN boleh melepasi majoriti mudah.

“Ramai jumlahnya. Satu DUN sekurang-kurangnya ada 6,000 ke 7,000 pengundi, tetapi satu tempat (lain) bertambah 20,000 hingga 30,000 dan ada yang sehingga 40,000 pengundi,” katanya.

“Jadi, sukar untuk kita hendak buat anggaran (untuk menang kerusi DUN) berdasarkan kepada pengundi yang kita tidak pernah kaji sikapnya.

Nota: Kenyataan Mohamad Hasan selaras dengan dakwaan TTF yang diutarakan sejak ura-ura Dewan Undangan Negeri Johor akan dibubarkan mula-mula kedengaran.


Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hassan mengakui sukar untuk menjangkakan kemenangan parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac depan.

Menurutnya, hal itu disebabkan kewujudan 756,000 pemilih baru meskipun beliau yakin BN boleh melepasi majoriti mudah.




“Susah untuk saya membuat anggaran untuk sementara waktu. Bukan sebab banyak parti (yang bertanding) tetapi adalah disebabkan oleh pengundi yang didaftarkan secara automatik.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

“Ramai jumlahnya. Satu DUN sekurang-kurangnya ada 6,000 ke 7,000 pengundi, tetapi satu tempat (lain) bertambah 20,000 hingga 30,000 dan ada yang sehingga 40,000 pengundi,” katanya.

TONTON: PENDEDAHAN TERKINI ISU ‘TANAH NAJIB’

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang dikenali Tok Mat dipetik berkata demikian dalam wawancara Mingguan Malaysia semalam.

“Jadi, sukar untuk kita hendak buat anggaran (untuk menang kerusi DUN) berdasarkan kepada pengundi yang kita tidak pernah kaji sikapnya.

“Ini menyukarkan kita dan membuat kita berhati-hati dalam membuat anggaran,” jelasnya lagi.

Untuk rekod, BN akan bertanding di kesemua 56 kerusi DUN pada PRN Johor dengan Umno bertanding di 37 kerusi, MCA 15 kerusi dan MIC empat kerusi.

Sumber:

Loading...

WAJIB BACA:

Hubungan Goldman Sachs, 1MDB, Najib, Jho Low – Kisah penipiuan luar biasa meliputi empat benua (Pendedahan)



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...