
Raggie Jessy Rithaudeen
اڤرن ملاك: ڤريكتن ناسيونل، باريسن ناسيونل تڠه بيڠوڠ
Saya nak sampaikan satu logik yang amat mudah kepada Perikatan Nasional dan Barisan Nasional, dan logiknya begini:
Tujuan UMNO meminta agar Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diadakan ialah untuk menguji kekuatan Barisan Nasional sebelum Pilihan Raya Umum ke-15.
BACA PENDEDAHAN PENUH DI SINI
Dan pada Pilihan Raya Umum ke-15, kedua-dua Perikatan Nasional dan Barisan Nasional pasti akan berdepan dengan blok kuasa ketiga (atau blok ketiga), melibatkan PEJUANG, WARISAN dan sekumpulan besar calon bebas yang memihak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jadi andai kata blok kuasa ketiga (atau blok ketiga) membuat keputusan untuk tidak melibatkan diri dalam PRN Melaka, strategi UMNO akan sia-sia.
Ini kerana keputusan PRN Melaka tidak akan menggambarkan prestasi sebenar Perikatan Nasional atau Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-15.
Lagi satu, kalau Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah berniat untuk menekan agar Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan dalam masa terdekat, kenapa bazirkan dana rakyat dengan mengadakan PRN Melaka secara berasingan?
Rakyat sudah sedia terseksa, mengapa tidak gunalah dana itu untuk membantu rakyat sementara menunggu Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan?
Inilah yang rakyat perlu tanya kepada Perikatan Nasional dan Barisan Nasional yang tidak serik bercatur dan bergelut kuasa sejak tercetusnya Langkah Sheraton.
Malah, PRN MELAKA ialah kesinambungan dalam percaturan rakus kuasa PN-BN yang menyeksa hidup rakyat, bermula dari Langkah Sheraton, menuju ke Langkah Kedah, Langkah Perak, Langkah Sabah, Langkah Royale Chulan, dan yang terkini, Langkah Melaka.
7hb Oktober lalu, saya menulis:
Zahid sebenarnya bersetuju Pilihan Raya Negeri diadakan, namun matlamatnya agak berbeza dengan matlamat kepimpinan UMNO Melaka.
Bagi Sulaiaman dan Ab Rauf Yusoh, misi utama UMNO Melaka ialah memperkukuhkan kedudukan Barisan Nasional di peringkat negeri walaupun terpaksa bekerjasama dengan Perikatan Nasional bagi menentang Pakatan Harapan dan kem Idris Haron.
Bagi Zahid pula, misi Pilihan Raya Negeri Melaka ialah untuk menilai keberkesanan dan kemampuan bersama jentera Pilihan Raya UMNO, DAP dan PKR jika ketiga-tiga parti ini menjalinkan hubungan kerjasama pada Pilihan Raya Umum ke-15, yang dijangka berlaku sebelum hujung tahun ini.
Jika Pilihan Raya Negeri Melaka memerlukan UMNO bekerjasama dengan PPBM dan UMNO bertembung dengan Pakatan Harapan di banyak kerusi, Zahid lebih rela Darurat diisytiharkan dan Pilihan Raya Negeri ditangguh.
Sebelum itu, saya menulis:
Jika UMNO menjalin kerjasama dengan PKR dan DAP sebelum Pilhan Raya Negeri Melaka, keberkesanan dan kemampuan bersama jentera Pilihan Raya mereka yang agak kuat sudah pasti bertambah berlipat kali ganda.
Kerjasama ini boleh dilakukan secara senyap, di mana Barisan Nasional dan Pakatan Harapan cuba mengelak daripada bertembung di banyak kerusi dan menumpukan sepenuhnya kekuatan masing-masing terhadap usaha melumpuhkan calon-calon kuasa ketiga.
Persoalannya, adakah langkah ini dapat mengukuhkan lagi UMNO, DAP dan PKR di Melaka dan menengelamkan terus Perikatan Nasional?
Inilah yang Kluster Mahkamah ingin ketahui, dan memandangkan perpecahan dalam UMNO Melaka tidak dapat diubati, Pilhan Raya Negeri merupakan langkah yang difikirkan perlu untuk menguji keberkesanan kerjasama antara UMNO, DAP dan PKR sebelum Pilihan Raya Umum ke-15.
WAJIB BACA:
Pelik bila Zahid enggan turun ke Melaka berunding dengan semua ADUN UMNO
