
“Mungkinkah kesemua ini skrip terancang dari awal lagi oleh pihak anti-kerajaan pusat dan Sabah untuk menjerat/memerangkap semua musuh-musuh politik, memandangkan ‘timing’ (pilihan masa) untuk mendedahkan klip terbaru ini genap 4 hari sebelum PRN Sabah?”
Raggie Jessy Rithaudeen
MALAYSIANOW Menulis:
Sebuah klip mula tersebar menunjukkan seorang wanita yang dikenal pasti sebagai “proksi” kepada setiausaha politik Anwar Ibrahim, Shamsul Iskandar Md Akin, membuat beberapa pengakuan mengejutkan, termasuk dakwaan bahawa perdana menteri sendiri merestui tindakan merakam beberapa ahli politik Sabah berbincang sogokan wang untuk mengeluarkan lesen perlombongan di mineral di negeri itu.
Klip bertarikh 21 Nov itu dirakam Albert Tei, ahli perniagaan di sebalik siri rakaman video yang melibatkan 14 ahli politik kerajaan Sabah, yang memalitkan pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Ketua Menteri Hajiji Noor dengan skandal rasuah terbesar di negeri itu.
Dalam klip berdurasi enam minit itu, wanita itu kedengaran mengesahkan kepada Tei, sambil mengakui idea merakam secara rahsia beberapa video yang didedahkannya tahun lalu datangnya dari Shamsul dan direstui Anwar.
Wanita tersebut turut bersetuju dengan cadangan Tei bahawa Anwar adalah “pemenang terbesar” daripada pendedahan video-video tersebut.
————————–
Berikut adalah ulasan (berupa pendapat dan persoalan) saya:
1. Pada awalnya, apabila Malaysiakini melaporkan ‘pendedahan’ Albert berhubung dakwaan beliau membelanjakan hampir RM630,000 untuk Shamsul (rujuk Malaysiakini), saya terus membuat kenyataan bahawa:
a. Albert patut menyerahkan sebarang bukti, jika ada, secara terus kepada SPRM. Kegagalan berbuat demikian adalah kesalahan di sisi undang-undang, dan
b. Albert juga wajar disiasat segera setelah mendedahkan penglibatan sendiri dalam perkara ini. Malah, Albert harus menjadi orang pertama yang disiasat.
2. Ini kerana Albert telah membuat dakwaan serius, namun ‘maklumat’ yang didedahkan Malaysiakini tidak berserta bukti yang benar-benar bersifat ‘incriminating’, termasuk tangkap layer mesej WhatsApp.
3. Ini bermakna, jika Albert benar-benar ada bukti ‘incriminating’, beliau wajib menampilkan bukti itu kepada pihak berkuasa, khususnya, SPRM.
4. Namun, apabila saya terbaca laporan Malaysianow yang mendedahkan kononnya “idea merakam secara rahsia beberapa video yang didedahkannya tahun lalu datangnya dari Shamsul dan direstui Anwar,” saya tertanya-tanya:
a. Klip terbaru (yang membabitkan pengakuan seorang wanita yang mukanya dikaburkan) dikatakan dirakam pada 21 Nov 2025.
b. Namun, ianya didedahkan sehari selepas Albert bertemu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, di mana Mahathir dan Anwar diketahui musuh politik.
c. Jika seorang Wanita (yang mukanya dikaburkan) membuat dakwaan kononnya Shamsul mengarahkan Albert untuk merakam klip video skandal rasuah Sabah dengan restu Anwar, dan jika Albert sendiri terlibat dalam rakaman klip video yang memaparkan Wanita tersebut, apakah Albert turut ‘diarahkan’ untuk rakam klip video Wanita berkenaan, dan adakah individu yang mengarahkan Albert untuk membuat rakaman. wanita itu ‘mastermind’ sebenar?
d. Saya bukannya mencadangkan “A,” “B” atau “C,” kerana saya tidak tahu menahu dan tidak minat terlibat dalam isu ini.
e. Tetapi jika awak ingin melontarkan sebarang kemungkinan, lontarkanlah semua kemungkinan, bukan hanya kemungkinan yang sekadar memanjukan naratif politik partisan (bersifat sebelah) SEMATA-MATA.
5. Saya juga ingin mengetengahkan beberapa kecacatan besar dalam logik persekitaran pembangkang (Mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan).
i. Pertama, video terkini Albert tidak membuktikan apa-apa, malah ia berupa hearsay.
ii. Maka, sebarang dakwaan kononnya “sah wujud konpirasi untuk menjatuhkan kerajaan Sabah” adalah, pada pandangan saya, dakwaan yang tidak betul dan mungkin juga bersifat propaganda.
iii. Kedua, jika Albert ingin kita percaya bahawa dakwaan Wanita dalam klip video terbarunya (yang dia sendiri dedah) adalah sahih, bukankah ini bermakna Albert mengaku, secara tidak langsung, bahawa beliau “sanggup merakam orang lain secara rahsia atas arahan orang politik?”
iv. Bukankah ini mencadangkan kemungkinan Albert turut ‘diarah’ oleh orang politik tertentu untuk membuat rakaman terkini Wanita berkenaan?
v. Bukankah ini meruntuhkan kredibiliti Albert dan menjadikannya orang yang cukup bahaya, memandangkan ‘kesanggupan’ beliau untuk berlakon depan kamera terselindung (atas arahan orang politik) dengan niat ‘memerangkap’ orang dan menjadikan kata-kata mereka bahan pendedahan?
vi. Mungkin ada yang akan berkata, “Silap tu Raggie, Wanita itu tidak diperangkap, dia cuma tidak mahu dedah identiti dulu, jadi dia minta Albert buat video dulu agar mukannya dikaburkan.”
vii. Persoalannya, bukankah itu meruntuhkan kredibiliti atau kebolehpercayaan video itu, memandangkan Albert boleh sahaja membawa sesiapa untuk ‘berlakon’ sebagai Wanita ‘pendedah maklumat?’
viii. Albert sendiri mahu kamu percaya kandungan semua video (terdahulu dan yang terbaru) adalah benar, yakni ‘pendedahan’ skandal politik Sabah dan yang terkini, pendedahan Wanita ‘misteri’ itu semuanya benar belaka.
ix. Bukankah itu ‘pengakuan’ secara tidak langsung oleh Albert sendiri bahawa beliau sememangnya “sanggup berlakon di depan kamera terselindung atas arahan orang politik bagi tujuan ‘memerangkap’ orang dan memdedahkan kata-kata mereka kemudian?”
x. Jadi, siapa nak percaya bahawa Wanita tersebut tidak ‘diperangkap’ oleh Albert dan tidak tahu dirinya dirakam?
xii. Dan jika awak mahu saya percaya bahawa video-video terdahulu adalah konspirasi atau ‘lakonan’ Albert untuk memerangkap ahli-ahli politik kerajaan Sabah, kononnya untuk dedah kesalahan mereka, kenapa pula saya tidak harus percaya bahawa video terkini membabitkan Wanita itu adalah konspirasi atau lakonan Albert, semata-mata untuk menimbulkan persepsi atau memerangkap ahli politik kerajaan pusat?
xiii. Begitu juga, jika awak mengiktiraf kesahihan video-video terdahulu dan terkini, bukankah awak secara tidak langsung mengaku bahawa ahli-ahli politik GRS dan juga Albert sendiri terlibat rasuah, sepertimana yang didakwa dalam video-video berkenaan?
xiv Mungkinkah kesemua ini skrip terancang dari awal lagi oleh pihak anti-kerajaan pusat dan Sabah untuk menjerat/memerangkap semua musuh-musuh politik, memandangkan ‘timing’ (pilihan masa) untuk mendedahkan klip terbaru ini genap 4 hari sebelum PRN Sabah?
xv. Siapa boleh kata tidak?
Tanpa Prejudis
