Program bersama rakyat: Islam Mampu Kuburkan DAP

GERAKAN BANGSA NASIONAL

Gerakan Bangsa Nasional (GBN) akan menganjurkan Majlis GBN Bersama Rakyat di Hotel Summit USJ bermula jam 3 petang esok, 17hb Ogos 2019.




Majlis ini, yang bertemakan “Islam Mampu Kuburkan DAP,” akan dihadiri empat daripada tujuh pengerusi bahagian GBN dan tetamu-tetamu jemputan dari kumpulan veteran UMNO Sabak Bernam, UMNO Subang Jaya serta wakil ketua-ketua kampung, PAS dan kumpulan penyokong PAS.

Program akan bermula dengan majlis santai di perkarangan luar Bilik Pahlawan 2, Tingkat 5 dan akan disusuli dengan perutusan-perutusan panel speaker serta ikrar aku-janji bersama para hadirin.

Program akan berakhir dengan satu sidang media yang akan disiarkan live di sekitar pukul 5.30 petang di mana GBN akan membuat beberapa pengumuman penting, termasuk perutusan yang ditujukan khusus kepada Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Gobind Singh Deo dan Kulasegaran.

GBN turut akan menyentuh isu pengenalan seni khat dan penulisan jawi dalam kurikulum sekolah rendah dan akan menyampaikan satu perutusan khas kepada perkumpulan Dong Zong dan Jiao Zong.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada saya, Raggie Jessy Rithaudeen, menerusi nombot telefon berikut:

+60164049082

GBN mengalu-alukan kedatangan pihak media dan juga PDRM bagi memantau majlis ini dan akan berinteraksi dengan para hadirin menerusi satu sesi-soal jawab yang akan disiarkan live menerusi Facebook Raggie Jessy Rithaudeen dan beberapa Facebook lain.

Sekian, harap maklum

RJ RITHAUDEEN



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...