
Khairuddin Abu Hassan
Rakyat Malaysia mengalu-alukan keputusan mahkamah tinggi kuala lumpur yang mengeluarkan perintah interim (ad-interim) kepada syarikat tempatan yang berkebolehan Dhaya Maju LTAT bagi menghalang kerajaan dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengarahkan mereka menghentikan kerja-kerja projek Landasan Berkembar Lembah Klang (KCVCT2).
Kita amat kagum dengan syarikat-syarikat tempatan yang tulen serta berkebolehan agar diberi lebih banyak peluang untuk mendapatkan kontrak-kontrak kerajaan.
Ini amat bersesuaian dengan dasar kerajaan dari dahulu lagi untuk membangunkan dan memajukan lebih banyak syarikat-syarikat tempatan bagi diketengahkan sebagai ‘global player’ pada suatu masa nanti.
Malah, syarikat-syarikat tempatan telah membuat pelaburan yang besar untuk menjadikan mereka setanding dengan syarikat-syarikat antarabangsa.’
Ini termasuklah Dhaya Maju LTAT, yang mempunyai aset-aset serta tenaga kepakaran tempatan yang amat membanggakan.
Sekiranya syarikat-syarikat tempatan itu amat berkebolehan; mengapa menteri pengangkutan cuba untuk sabotaj mereka dan digantikan anugerah kontrak ini kepada syarikat luar?
Menganugerah kontrak-kontrak kerajaan kepada syarikat-syarikat asing amat merugikan khususnya pengaliran keluar wang kita ke negara asing.
Tambahan pula, syarikat-syarikat luar khususnya dari negara china akan menguasai pelaksanaan kerja-kerja mengikut terma mereka.
Hampir segala barangan mahupun tenaga kerja mesti datang dari negara China.
Bagaimana kita hendak laksanakan ‘konsep payung’ yang boleh memunafaatkan syarikat-syarikat kecil tempatan bagi mendapat faedah di bawah kontraktor utama dari negara ini?
Pada kelazimannya, apabila kontrak-kontrak kerajaan dianugerahkan kepada syarikat tempatan pelbagai agenda kearah membantu syarikat-syarikat yang kecil dapat dilaksanakan mengikut wawasan negara secara jangka pendek mahupun jangka panjang.
Kadang kala kita tidak faham dengan dasar serta prinsip menteri pengangkutan di bawah kerajaaan ‘tebuk atap’ PN.
Mengapa hendak cuba mensabotaj syarikat tempatan dan ditukarkan dengan syarikat luar?!
Apakah kalangan mereka mempunyai agenda yang tersirat di sebalik pendirian ini!! Kemungkinan mereka mempunyai agenda peribadi tertentu.
Saya masih ingat ketika kerajaan PH memerintah; semua kontrak-kontrak yang dianugerahkan oleh kerajaan kleptokrasi BN tidak ditamatkan.
Tetapi menteri pengakutan PH yang bijaksana YB Anthony Loke memanggil mereka untuk berunding bagi membuat ‘revision’ kadar harga baru seandainya jumlah harga kontrak yang dianugerahkan dianggap terlalu tinggi.
YB Anthony Loke berpegang pada prinsip memberi keutamaan kepada syarikat-syarikat tempatan dengan kadar harga yang berpatutan.
Mengambil jalan mudah mengikut perasaan sepertimana yang dilakukan oleh Wee Ka Siong menteri pengangkutan kerajaan ‘tebuk atap’ PN akan meninggalkan pelbagai implikasi negatif sosio-ekonomi negara.
Di saat kita menghadapi pandemik covid-19 dan keruntuhan ekonomi negara; lebih ramai rakyat marhein akan sengsara dengan kehilangan peluang pekerjaan.
Keputusan wee ka siong untuk menamatkan kontrak syarikat Dhaya Maju LTAT merupakan satu tindakan melulu yang cukup bodoh dan tidak masuk akal di saat negara berada dalam situasi yang mencabar seperti sekarang ini.
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
