Proklamasi Darurat: Khairuddin Abu Hassan failkan permohonan semakan kehakiman terhadap Peguam Negara

Sebelum ini, pada 18hb Januari 2021, Khairuddin memfailkan saman pemula terhadap Muhyiddin dan Kerajaan Malaysia. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤروكلاماسي ضرورت: خير الدين ابو حسن فايلكن ڤرموهونن سيمقكن كهكيمن ترهادڤ ڤڬوام نڬارا

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan semalam memfailkan permohonan untuk diberi kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun.

Menerusi semakan itu, Khairuddin memohon perintah mahkamah bahawa tindakan Idris selaku Peguam Negara menemani Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan rombongannya menghadap Yang Di-Pertuan Agong pada 11hb Januari 2021 bagi memohon perkenan Seri Paduka Baginda Tuanku untuk Proklamasi Darurat adalah tidak sah di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Kedaulatan Undang-Undang.

Khairuddin, menerusi peguamnya, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, memohon pengisytiharan bahawa Idris gagal melaksanakan tangungjawab yang berkewajipan mulai 9hb Januari 2021 untuk menasihati Muhyiddin agar beliau menghadap Yang Di-Pertuan Agong untuk samada meletakkan jawatan ataupun meminta pembubaran Dewan Rakyat seperti yang diwajibkan di bawah Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Permohonan ini merupakan permohonan ketiga yang difailkan melibatkan Muhyiddin, Kerajaan Malaysia dan nasihat yang diberikan oleh Muhyiddin kepada Yang Di-Pertuan Agong berhubung Proklamasi Darurat.


PETALING JAYA: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan semalam memfailkan permohonan untuk diberi kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun.

Menerusi semakan itu, Khairuddin memohon perintah mahkamah bahawa tindakan Idris selaku Peguam Negara menemani Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan rombongannya menghadap Yang Di-Pertuan Agong pada 11hb Januari 2021 bagi memohon perkenan Seri Paduka Baginda Tuanku untuk Proklamasi Darurat adalah tidak sah di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Kedaulatan Undang-Undang.




Menurut Khairuddin, ianya terzahir secara prima facie kepada Idris sebagai Peguam Negara bahawa Muhyiddin sudah tidak mempunyai majoriti untuk kekal sebagai Perdana Menteri di bawah peruntukan Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Khairuddin, menerusi peguamnya, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, memohon pengisytiharan bahawa Idris gagal melaksanakan tangungjawab yang berkewajipan mulai 9hb Januari 2021 untuk menasihati Muhyiddin agar beliau menghadap Yang Di-Pertuan Agong untuk samada meletakkan jawatan ataupun meminta pembubaran Dewan Rakyat seperti yang diwajibkan di bawah Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Khairuddin turut meminta dibuat pengisytiharan bahawa bahawa Idris sebagai Peguam Negara gagal melaksanakan tangungjawab yang berkewajipan untuk menghadap Yang Di-Pertuan Agong untuk menasihati Seri Paduka Baginda Tuanku bahawa Muhyiddin hilang sokongan majoriti sejak 9hb Januari 2021 dan tidak layak memberikan apa-apa nasihat sebagai Perdana Menteri di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Permohonan ini merupakan permohonan ketiga yang difailkan melibatkan Muhyiddin, Kerajaan Malaysia dan nasihat yang diberikan oleh Muhyiddin kepada Yang Di-Pertuan Agong berhubung Proklamasi Darurat.

Sebelum ini, pada 18hb Januari 2021, Khairuddin memfailkan saman pemula terhadap Muhyiddin dan Kerajaan Malaysia bagi meminta pandangan dari badan kehakiman tentang kedudukan seorang perdana menteri yang hilang sokongan majoriti bagi menentukan samada beliau mempunyai ‘locus standi’ untuk menasihati Yang Di-Pertuan Agong mengisytiharkan Darurat.

Saman Khairuddin disusuli dengan permohonan yang difailkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu melalui Tetuan Karpal Singh & Co.

Menurut Ramkarpal Singh, permohonan Anwar bertujuan mencabar keputusan Muhyiddin untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong meluluskan kaedah 14 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menggantung persidangan Parlimen dalam tempoh Darurat.

Loading...

Kemudian, pada 27hb Januari 2021, Datuk Seri Salahuddin Ayub memfailkan satu lagi permohonan difailkan bersama Datuk Johari Abdul dan Abdul Aziz Bari, juga di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kali ini, permohonan dibuat untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman berhubung nasihat Mahyuddin terhadap Yang Di-Pertuan Agong dan tindakan menggantung persidangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri bagi kesemua negeri.

Permohonan Salahuddin juga bertujuan menyemak kuasa-kuasa Perdana Menteri dan Kabinet serta Menteri Besar, Ketua Menteri dan Exco Negeri yang dikatakan tidak dapat dipertanggungjawabkan kepada Parlimen atau DUN.

Ketiga-tiga mereka memfailkan permohonan melalui Chooi & Company + Cheang & Ariff (CCA LAW). Turut menjadi sebahagian daripada pasukan guaman adalah Dato Gurdial Singh Nijar dan Tuan Razlan Hadri.

THE THIRD FORCE

WAJIB BACA:

Mahathir dedah penipuan Tommy Thomas, sahkan Agong tidak pernah cadang nama Wan Azizah

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...