
ڤروكلاماسي ضرورت: محكمه تتڤكن 11 مچ باڬي كڤوتوسن ڤرموهونن سيمقكن كهكيمن 3 ادون
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Kebenaran Untuk Memulakan Semakan Kehakiman yang difailkan oleh Datuk Seri Salahuddin Ayub, Dato’ Johari Abdul dan Abdul Aziz Bari untuk didengar pada hari ini.
Permohonan Semakan Kehakiman difailkan oleh pemohon-pemohon ialah bagi satu deklarasi bahawa nasihat Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menggantung sidang DUN di dalam tempoh darurat adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang.
Pejabat Peguam Negara memohon supaya pendengaran hari ini ditangguhkan atas alasan sementara menunggu Permohonan pihaknya untuk memindahkan kes yang difaikan oleh YB Hassan Karim dari Mahkamah Tinggi Johor Baharu ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Peguam-peguam pemohon-pemohon menyatakan kepentingan awam tidak seharusnya dilewatkan disebabkan permohonan tersebut.
Yang Arif Hakim Ahmad Kamal Bin Ahmad Shahid bersetuju dengan peguam-peguam Pemohon-pemohon dan memerintahkan permohonan di dengar hari ini.
PETALING JAYA: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Kebenaran Untuk Memulakan Semakan Kehakiman yang difailkan oleh Datuk Seri Salahuddin Ayub, Dato’ Johari Abdul dan Abdul Aziz Bari untuk didengar pada hari ini.
Permohonan Semakan Kehakiman difailkan oleh pemohon-pemohon ialah bagi satu deklarasi bahawa nasihat Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menggantung sidang DUN di dalam tempoh darurat adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang.
Pejabat Peguam Negara memohon supaya pendengaran hari ini ditangguhkan atas alasan sementara menunggu Permohonan pihaknya untuk memindahkan kes yang difaikan oleh YB Hassan Karim dari Mahkamah Tinggi Johor Baharu ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Namun peguam-peguam pemohon-pemohon menyatakan kepentingan awam tidak seharusnya dilewatkan disebabkan permohonan tersebut.
Yang Arif Hakim Ahmad Kamal Bin Ahmad Shahid bersetuju dengan peguam-peguam Pemohon-pemohon dan memerintahkan permohonan di dengar hari ini.
Pejabat Peguam Negara menghujahkan bahawa Mahkamah Tinggi tidak mempunyai bidangkuasa bersandarkan kepada Artikel 150(6) dan (8) Perlembagaan Persekutuan.
Pemohon-pemohon menyatakan isu bidangkuasa seharusnya ditentukan di peringkat Semakan Kehakiman dan bukannya di peringkat ini.
Mahkamah akhirnya menetapkan 11hb Mac 2021 bagi membuat keputusan. Pemohon-pemohon diwakili oleh Datuk Gurdial Nijar, Christopher Leong dan Abdullah Rahman.
Manakala Peguam Kanan Suzanna Atan, Peguam Kanan Narkunavathy Sundareson, Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi dan Mazlifah Ayob mewakili Peguam Negara.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
