PROKLAMASI DARURAT: PEGUAM NEGARA TIDAK PROFESSIONAL, TIDAK AMANAH MEMIKUL TANGGUNGJAWAB

Mantan penyelaras parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

Khairuddin Abu Hassan

ڤروكلاماسي ضرورت: ڤڬوام نڬارا تيدق ڤروفيسسيونال، تيدق أمانه مميكول تڠڬوڠجواب

Di bawah Perkara 145(2) Perlembagaan Persekutuan peguam negara pada setiap masa harus memberi nasihat kepada KDYMM Agong bagi menegakkan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Sesungguhnya, peguam negara harus memelihara keluhuran undang-undang di negara kita yang tercinta ini.

Peguam Negara telah mengiringi perdana menteri yang tiada ‘keabsahan’ pada 11 januari 2021 bagi tujuan memohon perkenan KDYMM Agong untuk proklamasi darurat adalah satu tindakan yang tidak sah di bawah Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang.




Setakat pada tarikh 11 januari 2021 ianya adalah terzahir secara ‘prima facie’ sebagai peguam negara malaysia bahawa muhyiddin yassin sebagai perdana menteri sudah tidak mempunyai majoriti untuk kekal sebagai perdana menteri di bawah peruntukan 43(4) Perlembagaan Persekutuan.

Ini membuktikan bahawa peguam negara Malaysia tidak melaksanakan tanggungjawabnya secara professional serta amanah.

Beliau sepatutnya menasihati Muhyiddin Yassin agar memaklumkan kepada KDYMM Agong bahawa pada saat dan ketika tersebut perdana menteri sudah tidak mempunyai keabsahan bagi menasihati atau memohon perkenan KDYMM Agung bagi perisytiharan proklamasi darurat.

Bagi saya ini merupakan satu kecuaian dan kekilafan peguam negara yang amat mendukacitakan keseluruhan rakyat Malaysia.

Peguam negara harus bertanggungjawab di atas kecuaian dan kekilafan ini serta harus menasihati KDYMM Agong semula berteraskan keluhuran Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang.

Sikap tidak bertanggungjawab peguam negara ini amat ralat dan sangat dikesali.

Sebagai rakyat malaysia yang bertanggungjawab kita harus memelihara Perlembagaan Persekutuan dan keluhuran undang-undang!

Loading...

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...