Proklamasi Darurat: Satu saman, dua permohonan mahkamah setakat ini pertikai nasihat Muhyiddin kepada Agong

Menurut Khairuddin, samannya difailkan bagi meminta pandangan dari badan kehakiman tentang kedudukan seorang perdana menteri yang hilang sokongan majoriti bagi menentukan samada beliau mempunyai ‘locus standi’ untuk menasihati Yang Di-Pertuan Agong mengisytiharkan Darurat. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤروكلاماسي ضرورت: ساتو سامن، دوا ڤرموهونن محكمه ستاكت اين ڤرتيكاي نصيحت محي الدين كڤد اڬوڠ

Sebanyak satu saman dan dua permohonan telah difailkan dalam tempoh lapan hari melibatkan kerajaan Malaysia, Perdana Menteri Malaysia, nasihat yang diberikan kepada Yang Di-Pertuan Agong dalam isu pengisytiharan Darurat dan kelulusan kaedah 14 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 untuk menggantung persidangan Parlimen.

Pada 18hb Januari 2021, mantan penyelaras parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengarahkan peguam Muhammad Rafique dari Tetuan Law Practice of Rafique untuk memfailkan ‘Saman Pemula’ terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan Malaysia dalam Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur.

Saman Khairuddin disusuli dengan permohonan yang difailkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu melalui Tetuan Karpal Singh & Co.

Manakala itu, satu lagi permohonan difailkan semalam oleh Datuk Seri Salahuddin Ayub, Datuk Johari Abdul dan Abdul Aziz Bari, juga di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kali ini, permohonan dibuat untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman berhubung nasihat Mahyuddin terhadap Yang Di-Pertuan Agong dan tindakan menggantung persidangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri bagi kesemua negeri.


PETALING JAYA: Sebanyak satu saman dan dua permohonan telah difailkan dalam tempoh lapan hari melibatkan kerajaan Malaysia, Perdana Menteri Malaysia, nasihat yang diberikan kepada Yang Di-Pertuan Agong dalam isu pengisytiharan Darurat dan kelulusan kaedah 14 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 untuk menggantung persidangan Parlimen.

Pada 18hb Januari 2021, mantan penyelaras parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengarahkan peguam Muhammad Rafique dari Tetuan Law Practice of Rafique untuk memfailkan ‘Saman Pemula’ terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan Malaysia dalam Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur.




Menurut Khairuddin, samannya difailkan bagi meminta pandangan dari badan kehakiman tentang kedudukan seorang perdana menteri yang hilang sokongan majoriti bagi menentukan samada beliau mempunyai ‘locus standi’ untuk menasihati Yang Di-Pertuan Agong mengisytiharkan Darurat.

Saman Khairuddin disusuli dengan permohonan yang difailkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu melalui Tetuan Karpal Singh & Co.

Menurut Ramkarpal Singh, permohonan Anwar bertujuan mencabar keputusan Muhyiddin untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong meluluskan kaedah 14 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menggantung persidangan Parlimen dalam tempoh Darurat.

Manakala itu, satu lagi permohonan difailkan semalam oleh Datuk Seri Salahuddin Ayub, Datuk Johari Abdul dan Abdul Aziz Bari, juga di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kali ini, permohonan dibuat untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman berhubung nasihat Mahyuddin terhadap Yang Di-Pertuan Agong dan tindakan menggantung persidangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri bagi kesemua negeri.

Permohonan Salahuddin juga bertujuan menyemak kuasa-kuasa Perdana Menteri dan Kabinet serta Menteri Besar, Ketua Menteri dan Exco Negeri yang dikatakan tidak dapat dipertanggungjawabkan kepada Parlimen atau DUN.

Ketiga-tiga mereka memfailkan permohonan melalui Chooi & Company + Cheang & Ariff (CCA LAW). Turut menjadi sebahagian daripada pasukan guaman adalah Dato Gurdial Singh Nijar dan Tuan Razlan Hadri.

Loading...

THE THIRD FORCE

WAJIB BACA:

This is how Muhyiddin’s cookie will crumble…

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...