Propaganda Pakatan berkenaan GST langsung tak masuk akal

Dato’ Eric See-To

Kini ada video propaganda Pakatan Harapan yang menuduh bahawa jumlah kutipan GST oleh kerajaan yang semakin menaik ialah tanda rakyat semakin sengsara dan tertekan.

Ini adalah salah. Nampaknya Pakatan mahu menipu rakyat lagi untuk memainkan emosi.

Saya beri contoh kadar cukai korporat yang tidak berubah tetapi jumlah kutipan cukai korporat oleh kerajaan semakin menaik.

Apa maksud ini?

Ini bermaksud keuntunggan syarikat-syarikat semakin menaik, bisness semakin baik. Oleh itu cukai korporat yang dibayar oleh syarikat-syarikat itu secara automatic sudah naik.

Sama dengan cukai GST yang kadarnya tidak berubah, jumlah kutipan GST yang semakin menaik tidak membuktikan bahawa rakyat semakin tertekan.

Sebaliknya, kutipan hasil GST yang semakin menaik dimasa KADAR cukai tidak naik menunjukkan bahawa pendapatan dan perbelanjaan rakyat semakin naik.

Kalau pendapatan rakyat tidak naik, bagaimana pula dapat berbelanja lebih banyak?

Dan kalau belanja lebih banyak – – terutama pada barangan yang dikenakan GST dan bukan bahan asas yang dikecualikan GST, takkan kutipan GST tidak menambah juga?

Hasil kutipan GST yang semakin menaik sebenarnya ialah penanda bahawa ekonomi semakin mengembang dan pendapatan rakyat semakin bertambah.

Tuduhan Pakatan bahawa kutipan GST semakin menaik ialah bukti rakyat lebih susah hanya benar JIKA kadar GST telah naik.

Tetapi sediamaklum kepada semua, kadar GST tidak pernah berubah langsung. Maka Pakatan sebenarnya sedang menipu rakyat lagi yang mungkin tidak faham ekonomi ataupun lojik senang ini.

Source: Eric See-To.

Comments

Comments


Loading...