Prosiding kes 1MDB habis awal hari ini supaya Najib boleh kempen di Chini

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan yang dibuat oleh peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah semasa prosiding hari ini. Sumber (gambar): TTF

ڤروسيديڠ كيس 1مدب هابيس اول هاري اين سوڤاي نجيب بوليه كيمڤين د چيني

Perbicaraan kes penyelewengan dana 1MDB sebanyak RM2.28 bilion membabitkan bekeas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan berakhir awal hari ini untuk membolehkan beliau membantu dalam kempen pilihan raya kecil Chini.

Menurut sebuah portal berita, perbicaraan esok juga telah dikosongkan untuk membolehkan ahli parlimen Pekan itu membantu Barisan Nasional berkempen dalam pengundian PRK yang dijadualkan Sabtu ini.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata jadual program kempen Najib penuh, bermula sekitar jam 6 petang hari ini sehingga tengah malam dan kemudian esok Najib perlu berada di Pekan untuk berkempen dalam pilihan raya kecil Chini.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Collin Lawrence Sequerah kemudian mengizinkan permohonan Shafee untuk prosiding berakhir lebih awal antara pukul 1.30 hingga 2 petang hari ini, supaya membolehkan Najib memenuhi tugas berkanunnya berkempen dalam pilihan raya kecil Chini.


PETALING JAYA: Perbicaraan kes penyelewengan dana 1MDB sebanyak RM2.28 bilion membabitkan bekeas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan berakhir awal hari ini untuk membolehkan beliau membantu dalam kempen pilihan raya kecil Chini.

Menurut sebuah portal berita (Malaysiakini), perbicaraan esok juga telah dikosongkan untuk membolehkan ahli parlimen Pekan itu membantu Barisan Nasional berkempen dalam pengundian PRK yang dijadualkan Sabtu ini.




Portal tersebut menulis:

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan yang dibuat oleh peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah semasa prosiding hari ini.

Hal ini menurut Shafee kerana kerusi DUN Chini berada di dalam kawasan Pekan, yang mana Najib ialah anggota parlimennya

Peguam itu berkata jadual program kempen Najib penuh, bermula sekitar jam 6 petang hari ini sehingga tengah malam dan kemudian esok Najib perlu berada di Pekan untuk berkempen dalam pilihan raya kecil Chini.

Katanya, Najib akan mempunyai program penuh mulai sehingga Jumaat minggu ini, dengan esok tertuduh perlu menghadiri program pada jam 9 pagi di sebuah perkampungan Orang Asli di Pahang dan berterusan sehingga jam 12 tengah malam.

Shafee berkata pada hari Jumaat, Najib akan bermalam di Pekan sehingga sepanjang hari untuk membantu jentera pilihan raya di sana.

“Saya dimaklumkan pilihan raya kecil Chini sangat penting kerana faktor calon. Pengundi mungkin menganggapnya sambil lewa dan tidak keluar pengundi.

Loading...

“Oleh itu, sangat penting bagi anak guam saya untuk berada di kawasan (Pekan) bagi memberikan sokongan untuk membuat mereka (pengundi) keluar,” kata Shafee.

“Kehadirannya (Najib dalam kempen itu penting kerana Chini berada di bawah kerusi parlimen Pekan, di mana terdapat (keseluruhannya) empat kerusi DUN.

“Juga untuk urusan pilihan raya di Pahang, beliau perlu hadir pada malam ini,” kata Shafee.

Sequerah kemudian mengizinkan permohonan Shafee untuk prosiding berakhir lebih awal antara pukul 1.30 hingga 2 petang hari ini, supaya membolehkan Najib memenuhi tugas berkanunnya berkempen dalam pilihan raya kecil Chini.

Beliau juga membenarkan perbicaraan esok dikosongkan dan perbicaraan 1MDB disambung pada 15 Julai minggu depan.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...