Protege Zakir Naik ditahan hina agama Hindu

“Pihak polis menerima kesemua laporan itu di seluruh negara dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998″ – Abdul Hamid Bador. Sumber (gambar): MMO

Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 790 laporan polis terhadap satu kenyataan pendakwah bebas yang berunsur penghinaan kepada agama hindu dalam satu video yang viral di laman media sosial.

“Orang ramai dinasihatkan tidak menyalahgunakan media sosial atau sebarang rangkaian komunikasi untuk memuat naik atau berkongsi sebarang bentuk provokasi yang boleh membangkitkan ketegangan kaum dalam kalangan masyarakat berbilang agama dan bangsa di negara ini,” ujarnya.


Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima sebanyak 790 laporan polis terhadap satu kenyataan pendakwah bebas yang berunsur penghinaan kepada agama hindu dalam satu video yang viral di laman media sosial.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, pendakwah bebas berusia 34 tahun itu telah ditahan di Arau, Perlis hari ini bagi membantu siasatan.




“Pihak polis menerima kesemua laporan itu di seluruh negara dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kesemua laporan itu dibuat berkaitan video tersebut yang dimuat naik dalam laman sosial YouTube, Info Sunnah Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Hamid menambah, suspek tersebut telah direman selama empat hari sehingga Rabu ini untuk siasatan lanjut.

“Pihak polis juga sedang mengesan pemilik akaun laman sosial Youtube itu bagi membantu proses siasatan.

“Orang ramai dinasihatkan tidak menyalahgunakan media sosial atau sebarang rangkaian komunikasi untuk memuat naik atau berkongsi sebarang bentuk provokasi yang boleh membangkitkan ketegangan kaum dalam kalangan masyarakat berbilang agama dan bangsa di negara ini,” ujarnya.

Media hari ini melaporkan, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan di hadapan sebuah restoran kira-kira pukul 2.30 pagi tadi.

Suspek ketika ditahan dikatakan baru selesai menghadiri satu program debat atau diskusi agama anjuran NGO miliknya di sebuah institusi pengajian tinggi di Perlis.

Loading...

Suspek yang dikatakan ‘protege’ kepada pendakwah terkenal dari India, Dr. Zakir Naik didakwa membuat kenyataan yang berbaur penghinaan terhadap agama Hindu dalam satu video yang viral di laman sosial.

Sumber:

 



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...