PRU awal: Timbalan Presiden UMNO sahkan dakwaan saya

Menurut Mohamad Hasan, Barisan Nasional akan terus mendesak supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 disegerakan tidak kira apapun keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Sumber (gambar): TTF

Raggie Jessy Rithaudeen

ڤرو اول: تيمبالن ڤريسيدن امنو سهكن دعوأن ساي

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan semalam mengesahkan dakwaan saya bahawa Barisan Nasional berhasrat untuk mendesak diadakan Pilihan Raya Umum (PRU) awal tidak kira apa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Dakwaan ini dibuat menerusi satu sesi live bertarikh 27hb Febuari 2022 (video di bawah), di mana saya ditanya oleh seorang penonton samada PRU ke-15 akan dilewatkan sekiranya “kuasa ketiga” menang pada Pilihan Raya Negeri Johor.

Saya menjawab:




“Kluster Mahkamah hanya menimbulkan retorik kononnya jika Barisan Nasional menang besar, baru akan diadakan PRU awal.

“Hakikatnya, tidak kira siapa menang, dia (Kluster Mahkamah) memang perlu PRU awal, sebab, dia tak mahu sampai…contohnya, kes Najib… tiba-tiba diputuskan di Mahkamah Persekutuan pada bulan Ogos…

“Kemungkinan teramat tinggi Najib akan masuk dalam…jadi dia (Kluster Mahkamah) memang nak PRU awal.

“Jadi, retorik kononnya Barisan Nasional perlu menang besar supaya boleh jadi PRU awal adalah palsu.

“Sekarang ini, saya lihat, apa-apa yang keluar daripada mulut pemimpin-pemimpin BN dan UMNO semuanya propaganda.”

Namun, Mohamad mendakwa PRU perlu diawalkan untuk membawa kestabilan politik kerana pemimpin-pemimpin kerajaan kini berfikir siang dan malam sama ada kerajaan yang ada boleh kekal atau sebaliknya.

Walaupun Mohamad tidak merujuk kepada live saya secara langsung, kenyataan beliau dipercayai berkait rapat dengannya.

Loading...

Saya difahamkan, penjelasan saya mencetuskan perdebatan hebat di media sosial di kalangan penyokong UMNO berhubung motif sebenar UMNO menekankan PRU awal.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...