PRU15: Barisan Nasional berdepan kejutan besar jika dua soalan ini terjawab

“Rakyat sudah muak dengan kenyataan politik dan hanya ingin jawapan bagi dua soalan ini – bilakah blok alternatif akan mewujudkan satu gabungan kesefahaman, dan apakah formula penyelesaian bagi memastikan tidak akan berlaku pengkhianatan jika blok alternatif menang pilihan raya (rujuk juga video di bawah ini bagi cadangan formula penyelesaian)”

Raggie Jessy Rithaudeen

Setiap ramalan keputusan Pilihan Raya Umum memerlukan pelbagai jenis data terkumpul, termasuk maklumat am berhubung pola pengundian yang bersandar pada pengalaman lepas.

Namun, tidak ada sesiapa mampu meramalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kerana segala data terkumpul setakat ini tidak lagi menggambarkan realiti semasa secara tepat susulan perubahan ketara dalam lanskap politik kepartian yang berlaku dalam masa begitu singkat.




SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Di sekitar tahun 80-an dan 90-an, formulanya mudah – pengundi terbahagi kepada penyokong tegar Barisan Nasional (pengundi putih), pengundi atas pagar (pengundi kelabu) dan penentang tegar Barisan Nasional (pengundi hitam).

Di kawasan di mana peratus pengundi putih tidak terlalu rendah, Barisan Nasional dengan mudah memenangi kerusi yang ditandingi dengan mencetuskan pertembungan tiga-empat penjuru.

Ini lazimnya dilakukan dengan bantuan “calon-calon proksi,” dan ramai percaya bahawa calon-calon ini ‘ditanam’ oleh Barisan Nasional agar berlaku pertembungan kiri kanan bagi memecahkan pengundi hitam.

Namun, kesemuanya berubah selepas tahun 2008 apabila muncul satu lagi kumpulan pengundi putih yang cukup besar.

Kumpulan ini terdiri daripada penyokong tegar Pakatan Rakyat dan terus berkembang menjadi penyokong tegar Pakatan Harapan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.

Kumpulan ini melibatkan sebilangan besar pengundi hitam dan kelabu dari era 80-an dan 90-an, bermakna baki pengundi hitam (berdasarkan demografi tahun 80-an dan 90-an) menyusut teruk selepas 2008.

Itulah sebabnya strategi silam “mencetuskan pertandingan tiga-empat penjuru dengan bantuan calon-calon proksi” tidak begitu berhasil pada PRU14.

Loading...

Kemenangan Pakatan Harapan mencadangkan bahawa pecahan pengundi hitam di kalangan pengundi baharu (berdaftar selepas tahun 2000) turut menyusut teruk berbanding era 80-an dan 90-an.

Kini, dalam tempoh tidak sampai tiga tahun, sudah wujud dua lagi blok baharu yang tidak boleh dipandang remeh.

Blok pertama melibatkan gandingan bekas parti Pakatan Harapan (PPBM) bersama PAS, manakala blok kedua melibatkan parti yang dinaungi oleh bekas pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Maka sudah tentulah penyokong tegar Mahathir dari kalangan pengundi Melayu-Islam akan beralih ke mana-mana blok yang diterajuinya, termasuk juga sebahagian besar penyokongnya dari PPBM.

Ada yang kata Pilihan Raya Negeri Johor, yang lazimnya mencerminkan pola pengundian pada Pilihan Raya Umum, merupakan data sahih peralihan sokongan terhadap Barisan Nasional.

Namun, bukan hanya Barisan Nasional menunjukkan perosotan ketara dari segi peratus perolehan undi berbanding semua pengundi berdaftar, hampir 50 peratus pengundi berdaftar tidak keluar mengundi.

Ini bermakna, Pilihan Raya Negeri Johor tidak mencerminkan “mandat sebenar rakyat” dan tidak mampu dijadikan sandaran bagi meramalkan PRU15.

Disebabkan wujud dua blok baharu, adalah dipercayai bahawa blok-blok ini, khususnya blok alternatif (PEJUANG, WARISAN, Piagam Rakyat), memiliki saham besar di kalangan pengundi yang tidak keluar mengundi.

Saya yakin bahawa majoriti pengundi yang duduk rumah ini ingin menyokong blok alternatif, tetapi mengambil sikap “tunggu dan lihat” jika mereka yang menganggotai blok ini mampu mencapai kesefahaman.

Justeru, jika peratus yang keluar mengundi pada PRU15 melebihi 85 peratus, tidak mustahil blok alternatif akan menjadi kingmaker atau menang terus Pilihan Raya.

Apa yang diperlukan sekarang ialah kesefahaman di kalangan parti-parti dan kumpulan bukan politik yang menganggotai blok alternnatif.

Tidak ada gunanya jika mereka sekadar membuat kenyataan demi kenyataan untuk menyuarakan keinginan mereka bekerjasama dengan pihak lain.

Rakyat sudah muak dengan kenyataan politik dan hanya ingin jawapan bagi dua soalan ini:

1. bilakah blok alternatif akan mewujudkan satu gabungan kesefahaman, dan

2. apakah formula penyelesaian bagi memastikan tidak akan berlaku pengkhianatan jika blok alternatif menang pilihan raya (rujuk juga video di bawah ini bagi cadangan formula penyelesaian).



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...