
ڤرو15: مجليس تيڠڬي ڤن ڤرهالوسي كرجاسام دڠن ڤجوڠ، ڬتا – محي الدين
Perikatan Nasional (PN) akan mendapatkan pandangan pimpinan parti komponen dan melihat sentimen pengundi sebelum memuktamadkan sebarang kerjasama politik baharu.
Demikian menurut pegerusi gabungan itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, apabila ditanya samada Perikatan Nasional berminat atau menolak kemungkinan bekerjasama dengan parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Gerakan Tanah Air (GTA) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Menurut Muhyiddin lagi, setiap parti dalam Perikatan Nasional mempunyai pengalaman masing-masing, dan penilaian perlu dibuat berhubung nilai yang perlu ditambah dan apa yang menguntungkan.
“Tetapi jangan menguntungkan satu pihak atau merugikan satu pihak atau bagi pandangan pengundi, jika hal ini berlaku itu kita kena ambil kira.”
Perikatan Nasional (PN) akan mendapatkan pandangan pimpinan parti komponen dan melihat sentimen pengundi sebelum memuktamadkan sebarang kerjasama politik baharu.
Demikian menurut pegerusi gabungan itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, apabila ditanya samada Perikatan Nasional berminat atau menolak kemungkinan bekerjasama dengan parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Gerakan Tanah Air (GTA) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Perkara ini kita akan teliti, ini bukan keputusan saya seorang, Perikatan Nasional itu gabungan parti-parti yang ada dalamnya.
“Jadi, ini kita akan bincang dalam Majlis Tertinggi Perikatan Nasional dan mendapatkan panduan apakah keputusan yang nak dibuat,” katanya.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
Menurut Muhyiddin lagi, setiap parti dalam Perikatan Nasional mempunyai pengalaman masing-masing, dan penilaian perlu dibuat berhubung nilai yang perlu ditambah dan apa yang menguntungkan.
“Tetapi jangan menguntungkan satu pihak atau merugikan satu pihak atau bagi pandangan pengundi, jika hal ini berlaku itu kita kena ambil kira.
“Saya tidak tahu orang Panchor sini suka ke tidak. Jadi jika kita buat sesuatu yang tidak disukai, baik-baik kita dapat sokongan tinggi lepas itu merosot. Maka ini perlu diteliti,” katanya.
Muhyiddin berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Kenduri Rakyat di Masjid Jamek Panchor, Pagoh.
Sebelum ini Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak menolak kemungkinan bakal menjalinkan kerjasama dengan Pejuang untuk menentang UMNO.
Sementara itu, ditanya soal pembahagian kerusi PN bagi menghadapi PRU15 nanti ujarnya, perkara berkenaan sudah berada di peringkat akhir.
“Dalam masa sehari dua ini… kita sudah minta jawatankuasa perundingan segerakan, mungkin dalam awal minggu depan dah selesai.”
THE THIRD FORCE
