PRU15 – Makin jelas Anwar tersilap langkah, mangsanya Pakatan Harapan

“Bukan hanya orang Cina tidak menentang PEJUANG, saya bertemu dengan ramai ahli perniagaan dan tauke Cina yang berpendapat bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad adalah satu-satunya tokoh negarawan yang mampu menyelamatkan Malaysia”

Raggie Jessy Rithaudeen

ڤرو15 – ماكين جلس انور ترسيلڤ لڠكه، مڠساڽ ڤاكتن هارڤن

Saya mengesyaki bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diperdaya oleh Rafizi Ramli kononnya PKR mampu menang besar pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Hakikatnya, bukan hanya PKR sedang mengalami defisit sokongan yang teramat besar, pada pemilihan parti baru-baru ini, lebih 85 peratus ahli tidak keluar mengundi.




UMNO turut mengalami defisit sokongan yang seakan-akan sama, dan ramalan saya tiga bulan lalu bahawa seratus atau lebih bahagian akan memboikot atau sabotaj kempen pilihan raya telah menjadi kenyataan.

TONTON: GELOMBANG PERUBAHAN JELAS

TONTON JUGA: 70 PERATUS JANGKA ZAHID DAN ANWAR KALAH

Terdapat juga bukti kukuh bahawa sebilangan besar kubu kuat UMNO telah bertukar menjadi ‘zon kelabu dan hitam’, dan zon-zon ini akan memastikan Barisan Nasional kalah teruk pada PRU15 dengan perolehan antara 29 hingga 33 kerusi.

Pengundi di zon-zon ini (selepas ini dirujuk sebagai “pengundi kelabu-hitam”) cukup muak dengan kepimpinan UMNO dan bersedia menyalurkan undi mereka ke parti lain.

Memandangkan UMNO mengaku memperjuangkan nasib orang Melayu-Islam, undi mereka pasti akan berakhir dengan parti yang turut memperjuangkan nasib orang Melayu-Islam.

Hanya satu sahaja parti selain UMNO yang terlibat dalam perjuangan ini, dan parti ini tak lain tak bukan PEJUANG.

Atas dasar itu, PEJUANG memutuskan untuk bertanding di hampir setiap kerusi yang ditandingi oleh UMNO bagi menyediakan platform alternatif kepada pengundi kelabu-hitam.

Manakala itu, PAS adalah sebuah parti konservatif dan hanya memperjuangkan agama Islam.

Loading...

Ini bermakna, jika seseorang dalam UMNO mahu menyokong PAS, dia berkemungkinan besar merupakan seorang Islam yang berhaluan kanan.

Namun, bilangan penyokong UMNO yang berhaluan kanan dianggarkan hanya 30-35 peratus sahaja.

Justeru, PEJUANG akan mendapat faedah yang paling besar daripada kumpulan pengundi kelabu-hitam pada PRU15, diikáti dengan PAS, yang mampu meráis 30-35 peratus undi kumpulan ini.

Bersatu pula tidak akan mendapat sebarang manfaat daripada kumpulan ini, malah terdapat bukti kukuh bahawa Melayu UMNO tidak sesekali akan menyokong parti yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bukti dari sumber sama mencadangkan bahawa Melayu UMNO turut menolak DAP dan mana-mana parti yang dilihat berkait dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.

Pendek kata, jika ada parti yang mendapat manfaat daripada pengundi kelabu-hitam, parti itu pastinya bukan Bersatu, PKR dan AMANAH.

Anwar seharusnya sedar perkara ini dan meletakkan calon DAP di kubu kuat UMNO yang memiliki jumlah pengundi Cina yang munasabah (25 peratus atau lebih).

Ini kerana masyarakat Cina sudah mula sangsi terhadap PKR dan AMANAH tetapi akan terus menyokong DAP pada PRU15.

Kesangsian ini bermula apabila klip audio Anwar-Zahid menjadi viral dan memuncak apabila Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghantar surat ke Istana Negara bagi menzahirkan sokongan terhadap Anwar.

Orang Cina juga tidak menerima PAS dan tidak sekali-kali akan memaafkan Muhyiddin kerana memusnahkan ekonomi negara menerusi pencaturan politik “tahap gaban” dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan “separuh masak.”

Namun, orang Cina tidak menentang PEJUANG, malah saya bertemu dengan ramai ahli perniagaan dan tauke Cina yang berpendapat bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad adalah satu-satunya tokoh negarawan yang mampu menyelamatkan Malaysia.

Rumusannya, PEJUANG akan mendapat manfaat terbesar pada pilihan raya umum akan datang, dan strategi Anwar meletakkan calon AMANAH dan PKR di kubu kuat UMNO dijangka akan menjejaskan pencapaian Pakatan Harapan.

Sekarang fahamkah anda kenapa UMNO, AMANAH dan PKR akan kalah kepada PEJUANG di beberapa kerusi panas pada PRU kali ini?



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...