
Khairuddin Abu Hassan
ڤواد ذكرشي هيڤوكريت، بيسيڠ ايسو ڤولاو باتو ڤوتيه تاڤي ممبيسو ايسو سكندل 1مدب
Saya ingin sarankan kepada Puad Zakarshi agar menyaman kerajaan BN yang ditunjang oleh UMNO pada tahun 2003 terlebih dahulu yang cuai hingga kita kehilangan Pulau Batu Putih di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Kehilangan Pulau Batu Putih adalah disebabkan oleh kecuaian pemimpin-pemimpin UMNO di zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Asas kehilangan Pulau Batu Putih bermula dari situ pada realitinya.
Kenapa semua pihak yang buat bising pada hari ini tidak langsung mempertikaikan keatas tokoh pemimpin pada waktu itu yang menyebabkan kita kehilangan pulau tersebut?!
Kenapa Puad Zakarshi tidak mahu menyaman Tun Abdullah Ahmad Badawi berserta dengan pasukan pakar undang-undang yang juga pada waktu itu diterajui oleh bekas Peguam Negara iaitu tan sri ghani patail?!
Sesiapa yang menyebabkan kita kalah serta hilang Pulau Batu Putih harus dijadikan asas utama untuk disaman.
Sesungguhnya juga, Puad Zakarshi boleh suruh mantan boss beliau untuk bayar terlebih dahulu tunggakan cukai LHDN sejumlah lebih daripada RM1 bilion dan pulangkan wang melebihi rm20 bilion yang disonglap dari syarikat 1MDB.
Isu penjenayah dapat pasport dan dibenarkan ke Singapura mengapa pula Puad Zakarshi diam seribu bahasa?!
Sebenarnya, puak bangang UMNO ini cuba melakukan ‘character assassination’ terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad kerana takut mantan Perdana Menteri dua kali ini akan berjaya membawa parti PEJUANG menubuhkan kerajaan di Putrajaya selepas PRU15 nanti.
Ini sikap pemimpin-pemimpin korup UMNO yang senantiasa takut pada bayang-bayang sendiri kerana mereka tahu seandainya Tun Dr Mahathir Mohamad balik menerajui negara; mereka bakal berhadapan dengan pelbagai permasalahan undang-undang.
Golong kleptokrats serta penyokong-penyokong mereka amat takut dengan ketegasan Tun Dr Mahathir Mohamad melawan rasuah di negara kita.
WAJIB BACA:
Pelik bila Zahid enggan turun ke Melaka berunding dengan semua ADUN UMNO

