Puad Zakarshi gesa Tajuddin tarik sokongan terhadap Muhyiddin

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sebarang jawatan dalam politik hanya bersifat sementara dan tidak kekal. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤواد ذكرشي ڬسا تاجو الدين تاريق سوكوڠن ترهادڤ محي الدين

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman digesa untuk segera mengumumkan penarikan sokongan terhadap Perdana Menteri selepas perkhidmatan beliau sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) ditamatkan serta-merta pada Rabu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, tidak ada apa-apa yang perlu dinantikan oleh Tajuddin sekarang.

Pada Rabu, kerajaan menamatkan khidmat Tajuddin sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana berkuat kuasa serta-merta.

Ia berikutan tindak-tanduk Tajuddin dianggap memalukan sewaktu mengadakan sidang media berhubung kemalangan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) di laluan Kelana Jaya, berdekatan Stesen LRT Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) pada Isnin.


SHAH ALAM: Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman digesa untuk segera mengumumkan penarikan sokongan terhadap Perdana Menteri selepas perkhidmatan beliau sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) ditamatkan serta-merta pada Rabu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, tidak ada apa-apa yang perlu dinantikan oleh Tajuddin sekarang.




“Tunggu apa lagi Datuk Tajuddin Abdul Rahman. Kamu sudah dipecat sebagai Pengerusi Prasarana.

“Umum segera tarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya menerusi Facebook beliau pada Khamis.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sebarang jawatan dalam politik hanya bersifat sementara dan tidak kekal.

“Apa juga jawatan, paling lama mungkin 22 tahun. Boleh jadi 22 bulan.

“Jawatan di Prasarana itu lantikan Menteri Kewangan, Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan beliau berhak menamatkannya.

“Manusia mana ada yang sempurna. Saya doakan yang terbaik untuk Tajuddin dan menteri juga,” katanya menerusi ciapan Twitter pada Rabu.

Pada Rabu, kerajaan menamatkan khidmat Tajuddin sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana berkuat kuasa serta-merta.

Loading...

Ia berikutan tindak-tanduk Tajuddin dianggap memalukan sewaktu mengadakan sidang media berhubung kemalangan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) di laluan Kelana Jaya, berdekatan Stesen LRT Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) pada Isnin.

Sumber:

WAJIB BACA: 

LIVE 10 MALAM: KERAJAAN PN/BN – DI MANA SILAPNYA?



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...