Puad Zakarshi ibarat ketam ajar anaknya jalan lurus

Nyata sekali Puad Zakarshi gagal “berpijak di bumi nyata,” sama seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin. Summer (gambar): Fail TTF

Raggie Jessy Rithaudeen

ڤواد ذكرشي عبارت كتام اجر انقڽ جالن لوروس

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Tindakan Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO Mohd Puad Zakarshi mengkritik kerajaan susulan rusuhan #KerajaanGagal yang berlaku di Parit Raja, Batu Pahat dilihat agak pelik dan tidak berpaut pada realiti.

Menurut Puad, kerajaan dan pemimpin perlu memikirkan mengapa pada hari raya pertama ada rakyat yang sanggup melakukan perkara tersebut.

“Jangan fikir soal nak tangkap mereka sahaja.




“Bukan itu sahaja, ada yang berhari raya di lebuh raya sambil tayang sepanduk ‘Kerajaan Gagal,” katanya.

Saya sebenarnya bersetuju bahawa rakyat sudah muak, resah, gelisah, keliru dan tidak tenteram akibat politik darjat, wang, kuasa dan kedudukan yang dipraktikkan oleh kerajaan.

Tetapi bukankah segala keputusan kerajaan, termasuk perlaksanaan PKP 3.0, merupakan keputusan bersama barisan menteri UMNO dalam kerajaan?

Bagaimanakah Puad boleh menuding jari terhadap kerajaan seolah-olah kerajaan ini ‘terasing’ dari Barisan Nasional sedangkan kerajaan ini merupakan kerajaan gandingan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional?

Nyata sekali Puad Zakarshi gagal “berpijak di bumi nyata,” sama seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin.

WAJIB BACA:

Tan Sri Abdul Hamid Bador, ‘the legend’, wira kebangsaan – saya tabik hormat

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...