
ڤواد ذكرشي: رعيت ترننتي ننتي بيلا لاڬي محي الدين بوات لاوتن راسمي ك لوار نڬارا، نق كومين د فاچبووق
“Sekarang ini rakyat ternanti nanti bila lagi Tan Sri Muhyiddin Yassin akan buat lawatan rasmi ke luar negara.”
Demikian menurut ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi, yang berkata, sudah tentu lawatan itu akan disiar dalam Facebook ketua negara yang dilawati dan mengundang reaksi para netizen.
“Rakyat dahagakan platform yang Muhyiddin akan membacanya. Pegawai PMO mesti baca. Yang penting sampai ke telingan Perdana Menteri.
“Mereka mahu lakukan perkara sama seperti dalam FB Jokowi dan Istana Negara. Cara ini lebih efektif. Tak ada Parlimen, FB pun jadilah.”
“Sekarang ini rakyat ternanti nanti bila lagi Tan Sri Muhyiddin Yassin akan buat lawatan rasmi ke luar negara.”
Demikian menurut ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi, yang berkata, sudah tentu lawatan itu akan disiar dalam Facebook ketua negara yang dilawati dan mengundang reaksi para netizen.
“Rakyat dahagakan platform yang Muhyiddin akan membacanya. Pegawai PMO mesti baca. Yang penting sampai ke telingan Perdana Menteri.
“Mereka mahu lakukan perkara sama seperti dalam FB Jokowi dan Istana Negara. Cara ini lebih efektif. Tak ada Parlimen, FB pun jadilah.
“Sekarang Muhyiddin mudah ke luar negara. Sudah ada Bubble Travel. Kuarantin pun tiga hari sahaja. Elok pergi. Rakyat tidak bantah.”
Puad berkata demikian di Facebook rasminya sehari selepas menempelak Muhyiddin apabila diminta memohon maaf secara terbuka.
Pada 9 Februari lalu, Mohd Puad membuat hantaran di FB mendakwa Muhyiddin enggan dikuarantin sekembalinya daripada lawatan rasmi dari Jakarta pada 5 Februari lalu sehingga kerajaan terpaksa mewartakan perintah kuarantin tiga hari terhadap menteri.
Susulan itu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada hari sama menafikan sekeras-kerasnya fitnah yang dibuat Mohd Puad kononnya perintah kuarantin tiga hari untuk menteri yang melakukan lawatan ke luar negara diwartakan oleh kerajaan kerana Perdana Menteri enggan dikuarantinkan sekembalinya dari lawatan rasmi ke Indonesia.
Muhyiddin kemudian bertindak menghantar surat tuntutan maaf dan ganti rugi RM10 juta kepada Puad atas tuduhan fitnah berhubung isu kuarantin.
Dalam surat tuntutan yang dihantar firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership, Muhyiddin antara lain menuntut Puad memadam kenyataan bertarikh 9hb Februari dari laman Facebooknya.
Keesokkan hari, Puad mengesahkan menerima surat tuntutan Muhyiddin sambil menegaskan tidak akan akur kepada tuntutan dalam surat itu, sebaliknya sedia melawan di mahkamah.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
