Punca PN Merosot: Salahkan Kepimpinan PN, Jangan Pandai-Pandai Salahkan Pengundi Melayu-Islam

“PN asyik memberi harapan palsu kepada penyokongnya kononnya “kerajaan boleh tumbang.” Pengundi tak kecewa? Pengundi tak lesu?

Raggie Jessy Rithaudeen

Presiden Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris), Feriz Omar, mendakwa orang Melayu-Islam makin hilang dari barisan peti undi disebabkan kelesuan dan kekecewaan politik.

Menurutnya, kelesuan dan kekecewaan ini berpunca daripada permainan kuasa, pertukaran kerajaan dan perebutan jawatan yang berlarutan selama beberapa tahun, menyebabkan Melayu-Islam menjadi letih dan tawar hati.




“Apa guna undi?” bisik mereka.

“Sama sahaja semua,” rayu mereka di media sosial.

Cerapan Feriz tepat dari satu sudut. Ya, makin ramai Melayu-Islam lesu dan kecewa dan tidak ingin keluar mengundi.

Tetapi ini tidak akan memberi sebarang impak kepada faktor kebolehmenangan calon-calon PH, BN dan PN buat masa ini.

Lihat sahaja di Ayer Kuning.

Walaupun jumlah Melayu-Islam yang mengundi berkurang, pecahan undi UMNO dan PAS (dari pengundi Melayu-Islam) lebih kurang sama (walupun ada tanda-tanda jelas berlaku sedikit peralihan sokongan dari PAS kepada UMNO di banyak PDM).

Maknanya, peratusan sokongan Melayu-Islam terhadap BN, PH atau PN berkurangan pada kadar yang hampir sama, menyebabkan faktor Melayu-Islam dengan sendirinya masih belum lagi boleh mengugat peluang kemenangan mana-mana calon.

Loading...

Yang menjadi pengugat ialah pengundi Cina. Di Ayer Kuning, jumlah pengundi Cina ynag keluar mengundi turut berkurang, malah pada kadar yang jauh mengatasi kadar pengurangan pengundi Melayu-Islam.

Biar pun begitu, asalkan ada sahaja pengundi Cina, ia memberi kelebihan pada calon BN dan PH, bukannya PN. Di Ayer Kuning, BN berjaya tingkatkan majoriti lebih 2 x ganda dengan sokongan hanya 30-35 % pengundi Cina.

Kesimpulannya, masalah yang dihadapi PN ketika ini bukanlah peratus Melayu-Islam yang keluar mengundi, tetapi:

1. Sikap pemimpin Melayu-Islam Islam di persekitaran PN

Lihat sahaja politik berpuak yang diamalkan – ada Bersatu, ada PAS, ada Pejuang, ada Berjasa, ada Perkasa, ada Proklamasi Melayu, ada macam-macam lagi.

Disuruhnya Melayu-Islam “bangkit” dan “bersatu,” tapi mereka sendiri masih tidak mampu bangkit dan bersatu.

Itu pun, ada yang sudah mula bertelagah, seperti PAS dan Bersatu, yang dilihat “retak tunggu nak belah.”

Pengundi tak nampak? Pengundi tak kecewa? Pengundi tak muak? Pengundi tak lesu?

2. Kegagalan PN menarik pengundi Cina

Satu Malaysia tahu ianya disebabkan kegagalan PN menjenamakan semula gabungan itu dan menampilkan kepimpinan yang mesra Rakyat berbilang bangsa.

3. Politik ekstrimisme, harapan palsu

Sebagai pembangkang, PN seharusnya memperjuangkan isu rakyat secara matang dan menyajikan penyelesaian alternatif kepada apa yang didakwanya sebagai “kegagalan kerajaan.”

Ini tidak, PN asyik memberi harapan palsu kepada penyokongnya kononnya “kerajaan boleh tumbang.”

Pengundi tak kecewa? Pengundi tak lesu?

PN juga kerap memainkan isu Agama-Bangsa ke tahap ekstrim, sampai ada yang tersasar atau bersempadankan fitnah, sepertimana yang berlaku dalam kes Hannah Yeoh (isu ‘duta tuhan’) dan fitnah seorang pemimpin PAS Perak dalam kes berasingan.

Pengundi tak kecewa? Pengundi tak lesu?

Pengundi muda Melayu yang lebih progresif tidak boleh terima semua ini dan semestinya beralih duduk atas pagar, sekalipun ibubapa mereka penyokong PN.

Pokoknya, keenganan Melayu-Islam keluar mengundi bukannya masalah pengundi atau penyebab PN makin mundur.

Sebaliknya, kegagalan kepimpinan Melayu-Islam di persekitaran pembangkang ialah punca sebenar perosotan PN.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...