Puteri UMNO: Kenapa UMNO perlu jadi baja pada parasit?

Pada kedudukan sekarang, Umno kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin, sehingga Parlimen dibubarkan untuk PRU15. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤوتري امنو: كناڤ امنو ڤرلو جادي باج ڤد ڤاراسيت؟

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Ketua Puteri Umno, Zahida Zarik Khan, berkata Umno tidak perlu menjadi baja kepada PPBM yang disifatkannya sebagai “pokok parasit”.

Beliau mengingatkan perwakilan sayap itu bahawa PPBM merupakan parti serpihan Umno.

“PPBM tumbuh daripada benih yang tersisih dari pokok asal Umno. Ia hidup hanya kerana mendapat baja daripada DAP dan PKR.

“Apakah kita perlu menjadi baja kepada pokok dedalu parasit, yang menumpang kita dan pasti akan ‘membunuh’ kita pada masa depan,” katanya ketika berucap dalam persidangan Puteri Umno bersempena Perhimpunan Agung Umno 2020 (PAU 2020) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.


KUALA LUMPUR: Ketua Puteri Umno, Zahida Zarik Khan, berkata Umno tidak perlu menjadi baja kepada PPBM yang disifatkannya sebagai “pokok parasit”.

Beliau mengingatkan perwakilan sayap itu bahawa PPBM merupakan parti serpihan Umno.




“PPBM tumbuh daripada benih yang tersisih dari pokok asal Umno. Ia hidup hanya kerana mendapat baja daripada DAP dan PKR.

“Apakah kita perlu menjadi baja kepada pokok dedalu parasit, yang menumpang kita dan pasti akan ‘membunuh’ kita pada masa depan,” katanya ketika berucap dalam persidangan Puteri Umno bersempena Perhimpunan Agung Umno 2020 (PAU 2020) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.

PAU2020 menjadi tumpuan kerana Umno dikatakan akan menentukan nasib kerjasamanya dengan PPBM.

Pada kedudukan sekarang, Umno kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin, sehingga Parlimen dibubarkan untuk PRU15.

Sementara itu, Zahida menegaskan ketetapan tidak akan bekerjasama dengan DAP dan PKR tidak boleh dipertikaikan.

“Cuma kita hanya tambah satu lagi, ‘No DAP’, ‘No PKR’, dan ‘No PPBM’,” katanya.

Sumber:

Loading...

WAJIB BACA:

Muhyiddin sanggup tenggelamkan semua asalkan UMNO tidak mendahului PPBM di Pilihan Raya Umum ke-15



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...