
رافيده عزيز: مان ستراتيڬي كراجأن اونتوق باوا نڬارا ك هادڤن؟
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Tan Sri Rafidah Aziz hari ini membidas Pelan Pemulihan Negara yang digariskan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi satu perutusan khas petang tadi.
Dalam catitannya di Facebook, Rafidah berkata, tidak ada strategi yang dikemukakan berhubung cara kerajaan akan memacu negara ke hadapan sambil pandemic Covid-19 diuruskan.
“Pelan Pemulihan Negara perlu menitikberatkan sektor ekonomi, pendidikan, industri penting, pengecualian cukai, penilaian semula sektor pendidikan dan infrastruktur pendidikan selaras dengan keperluan selepas wabak Covid-19,” katanya.
Tambahnya, kerajaan harus menyediakan peluang pekerjaan bagi mereka yang hilang pekerjaan dan memperkenalkan pengecualian cukai agar sektor pekerjaan terdorong untuk mengambil pekerja baharu.
PETALING JAYA: Tan Sri Rafidah Aziz hari ini membidas Pelan Pemulihan Negara yang digariskan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi satu perutusan khas petang tadi.
Dalam catitannya di Facebook, Rafidah berkata, tidak ada strategi yang dikemukakan berhubung cara kerajaan akan memacu negara ke hadapan sambil pandemic Covid-19 diuruskan.
“Kerajaan perlu menerapkan pendekatan preemptif dalam merancang pemulihan negara dan memilih isu-isu yang dapat dilaksanakan sekarang sementara wabak Covid-19 diuruskan.
“Pelan Pemulihan Negara perlu menitikberatkan sektor ekonomi, pendidikan, industri penting, pengecualian cukai, penilaian semula sektor pendidikan dan infrastruktur pendidikan selaras dengan keperluan selepas wabak Covid-19,” katanya.
Menurut Rafidah, kerajaan perlu menangani isu kesihatan mental akibat daripada kawalan pergerakan dan memikirkan cara menggabungkan semula negara ke dalam ekonomi dan pasaran serantau dan global.
“Kerajaan seharusnya memikirkan cara mengatasi kerugian akibat dari penutupan sektor pekerjaan dan pendidikan selama 15 bulan dan bantuan-bantuan yang akan disalurkan ke sekolah dan sektor perniagaan.
“Kerajaan perlu juga menilai semula undang-undang, peraturan dan prosedur berdasarkan pengalaman yang ditempuhi sepanjang tempoh kawalan pergerakan.”
Tambahnya, kerajaan harus menyediakan peluang pekerjaan bagi mereka yang hilang pekerjaan dan memperkenalkan pengecualian cukai agar sektor pekerjaan terdorong untuk mengambil pekerja baharu.
“Kita perlu melihat melangkaui Covid-19 dan membiarkan Kementerian Kesihatan mengurus hal-hal berkaitan wabak berkenaan.
“Kesemua ini perlu dilakukan selari dengan usaha menguruskan pandemik Covid-19.”
THE THIRD FORCE
WAJIB BACA:
