Rafizi: Azmin berhasrat jadi Perdana Menteri

Zulaika Yusuf

Rafizi Ramli, calon tunggal bagi jawatan Timbalan Presiden PKR menentang Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali pada pemilihan PKR September ini, meminta ahli-ahli PKR memilih Timbalan Presiden yang tidak akan bersaing dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.




Secara tidak langsung beliau telah mendedahkan hasrat Azmin untuk menjadi Perdana Menteri bagi menggantikan Tun Mahathir sekaligus mengesahkan wujudnya spekulasi mendakwa Azmin sedang berpakat dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin untuk menghalang Anwar menjadi Perdana Menteri.

Namun Anwar juga mempunyai ‘grand plan‘ yang tersendiri melalui beberapa langkah yang telahpun dilaksanakan oleh pengikut-pengikut beliau seperti Rafizi dan Abdullah Sani.

Rafizi juga dipetik berkata, apabila Anwar menjadi Perdana Menteri kelak, orang kedua dalam parti mestilah seseorang yang memberikan komitmen penuh kepada perjuangan Presiden dengan meneruskan agenda reformasi negara.

“Bukan kerja kita untuk menggulingkan kerjaya politik Anwar dan masa depannya.”

Beliau berucap di depan kira-kira 200 ahli PKR yang menyertai majlis yang diadakan di Bayan Baru, Pulau Pinang pada malam tadi.

Membawa slogan Reformasi 20 Tahun, Rafizi mempunyai pasukan tersendiri bagi mengharungi pemilihan kali ini. Antara tokoh yang ada dalam pasukan beliau ialah Anggota Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan rakannya dari Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, pengkritik kuat Majlis Penasihat Kerajaan atau Council of Eminent Persons (CEP) yang diketuai oleh Daim.

Sumber: Editor Malaysia

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...