Rafizi: Azmin minta Anwar Ibrahim serah jawatan presiden kepadanya ketika sakit

Tun Carlos

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendedahkan bahawa Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dikatakan telah meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak bertanding dalam pemilihan parti itu bulan depan.

Beliau mendedahkan perkara itu dalam ceramah Reformasi 2.0 di Bandar Baharu Tunjong di Kota Bharu malam tadi.

Malah Rafizi yang mendakwa Azmin telah menyampaikan hasrat tersebut ketika Anwar sedang sakit dan menjalani rawatan di Turki baru-baru ini.

“Saya boleh sebut dekat sini dia pergi ke Turki untuk berjumpa dengan Anwar sendiri, Anwar baru habis pembedahan, dia boleh pergi berjumpa dan berkata, kamu (Anwar) tak payah jadi presiden parti biar saya jadi presiden parti.

“Sekarang biar saya yang tanya Azmin kamu pergi jumpa Anwar sendiri minta jadi presiden, jadi salahkah kawan-kawan yang lain tanya kenapa kamu tidak boleh sokong daripada awal lagi Anwar sebagai presiden,” katanya.

Rafizi berkata, menjadikan Anwar sebagai Presiden PKR adalah salah satu langkah untuk parti itu menangkat beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia kelapan.

Katanya, pendedahan tersebut membuktikan Azmin mempunyai agenda tersembunyi terhadap Anwar dan orang seperti Azmin tidak patut dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR.

“Saya membuat pendedahan ini kerana mahu memberikan keadilan kepada sahabat-sahabat saya apabila mereka diherdik di luar sedangkan latar belakangnya Azmin memang pergi jumpa Anwar dan sehingga jam-jam terakhir kita tidak tahu dia nak cabar atau tidak (jawatan presiden).

“Tambah pula saingan kami (kumpulan Mohamed Azmin) ada yang awal lagi mengeluarkan kenyataan seperti parti ini bukan parti anak beranak (Anwar dan keluarga) dan perlu ada pertandingan,” katanya.

Pada pemilihan PKR bulan depan, Azmin Ali dicabar oleh Rafizi untuk jawatan Timbalan Presiden.

Comments

Comments


Loading...