Rafizi menipu Dewan Rakyat – PH sah janjikan ‘Pengampunan Hutang PTPTN Bersasar’

“Nyata di sini bahawa Rafizi menipu Dewan Rakyat dan tidak tahu apa sebenarnya yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan kepada rakyat”

Raggie Jessy Rithaudeen

رافيزي منيڤو ديوان رعيت – ڤه صح جنجيكن ءڤڠامڤونن هوتڠ ڤتڤتن برساسرء

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli mendakwa, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN – Machang) membuat kenyataan mengelirukan Dewan Rakyat berhubung isu pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) baru-baru ini.

Menurut Rafizi, Wan Ahmad Fayhsal perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana membuat kenyataan fitnah terhadap PH.




“(Ahli Parlimen) Machang sebelum ini menyatakan bahawa dalam manifesto PH sebelum ini (janji) menghapuskan PTPTN itu satu pembohongan kerana tak ada janji itu dalam manifesto PH baru-baru ini.

“Perkara itu pembohongan yang jatuh kepada Perkara 36 (12). Saya minta dewan ambil tindakan,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Persoalannya, siapa menipu siapa?

TONTON: KENAPA ZAHID TIDAK DISIASAT?

Menurut dokumen “Tawaran Pakatan Harapan Kita Boleh” bertarikh Oktober 2022, diterbitkan di Ibu Pejabat Pakatan Harapan, Program Pemansuhan Hutang PTPTN secara bersasar khas akan diperkenalkan kepada golongan miskin dan isi rumah B40 akan diperkenalkan.

Janji ini terkadung pada muka 58 dokumen yang dinamakan, di bawah tajuk “Pendidikan Tinggi” dan sub-tajuk “Pengampunan Hutang PTPTN Bersasar.”

Nyata di sini bahawa Rafizi yang menipu Dewan Rakyat dan tidak tahu apa sebenarnya yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan kepada rakyat.

Kenapa UMNO terima jawatan Menteri Pengajian Tinge jika tidak setuju?

Manakala itu, menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin, rakyat perlu menerima hakikat  pelaksanaan untuk memansuhkan hutang PTPTN tidak selari dengan keupayaan kerajaan buat masa ini.

Loading...

“Buat masa ini, kerajaan belum mempunyai perancangan memansuhkan pinjaman hutang PTPTN bersasar kepada golongan miskin dan isu rumah B40.

“Untuk maklumat, berdasarkan unjuran angaran awal PTPTN jika cadangan pemansuhan pinjaman hutang bersasar golongan miskin dan isi rumah B40 akan melibatkan 1.84 juta pemimjam dengan jumlah pemansuhan pelupusan sebanyak RM42.34 bilion.

“Bagaimanapun kerajaan sentasa prihatin dan memberi perhatian kepada kebajikan pemimjam PTPTN dan kemudahan membayar balik pinjaman sehingga kini,” katanya.

Persoalannya, jika UMNO tidak setuju dengan “Tawaran Pakatan Harapan Kita Boleh” yang menjanjikan “Pengampunan Hutang PTPTN Bersasar,” kenapa terima tawaran Menteri Pengajian Tinggi?



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...