Rafizi Ramli Dikaitkan Laporan SRPM Penyelewengan Pelaburan RM1.1 Bilion

Sumber (gambar): Fail TTF

Sinar Harian melaporkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima laporan berkaitan dakwaan isu penyelewengan pelaburan berjumlah kira-kira RM1.11 bilion melibatkan bekas menteri kanan di sebuah kementerian.

Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, SPRM akan meneliti keseluruhan laporan yang diterima bagi menentukan sama ada wujud sebarang elemen rasuah, penyelewengan atau salah guna kuasa di bawah Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Bekas menteri ekonomi Rafizi Ramli Secara tidak langsung mengaku bahawa bekas menteri yang dimaksudkan ialah dirinya sendiri.

Menurut laporan FMT, Rafizi mentertawakan laporan SPRM tersebut membabitkan perjanjian kerajaan dengan syarikat semikonduktor yang berpangkalan di UK ARM Holdings.

“Tindakan susulan termasuk meneliti dokumen dan bukti yang dikemukakan sebelum siasatan lanjut dijalankan seiring dengan komitmen terhadap integriti dan ketelusan dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sebelum itu, laporan terbabit diterima daripada gabungan beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) kira-kira jam 2.00 petang, Khamis.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hasan Syed Ali dilaporkan berkata, laporan rasmi dibuat bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pertubuhan Angkatan Nadi Jiwa Islam Malaysia (Panji Malaysia) bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan.

Menurut Syed Hasan, laporan itu dibuat susulan aduan serta persoalan yang diterima daripada orang ramai berhubung satu perjanjian kerajaan dengan syarikat luar negara.

Beliau turut meminta SPRM meneliti aliran wang kerajaan bagi memastikan tiada penyelewengan berlaku selain mendakwa kementerian terlibat merupakan kementerian penting yang mempunyai kepentingan besar kepada negara serta ekonomi.

Sementara itu, Bekas menteri ekonomi Rafizi Ramli Secara tidak langsung mengaku bahawa bekas menteri yang dimaksudkan ialah dirinya sendiri.

Menurut laporan FMT, Rafizi mentertawakan laporan SPRM tersebut membabitkan perjanjian kerajaan dengan syarikat semikonduktor yang berpangkalan di UK ARM Holdings.

Loading...

Menurut Rafizi, penyiasat SPRM bebas menyiasatnya kerana dia tidak bersalah.

“Nampaknya, ARM merasuah saya. Mereka boleh gali semua yang mereka mahu. Saya tidak mendapat makan tengah hari atau cenderahati (dari ARM), apatah lagi sogokan.

THE THIRD FORCE

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...