Rais: Pembelajaran Sains, Matematik dalam Bahasa Inggeris perlu diteliti menyeluruh

Rais berkata, semasa isu tersebut dibangkitkan pada tahun 2002, beliau berpendapat bahawa Kementerian Pendidikan perlu menjurus kepada usaha membina bangsa dan keutuhan bangsa Melayu. Sumber (gambar): Berita Harian 

رايس: ڤمبلاجرن ساءين س، ماتماتيك دالم بهاس ايڠڬريس ڤرلي دتليتي مندالم

Kerajaan perlu membuat penelitian mendalam dan menyeluruh sebelum pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah.

Bekas Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, penelitian tersebut perlu dilakukan berdasarkan latar belakang Pendidikan  dan Perlembagaan Persekutuan.

“Saya tidak mengatakan subjek Matematik dan Sains tidak boleh diajar dalam bahasa Inggeris. Kedua-duanya boleh diajar dalam bahasa Inggeris iaitu menurut segmen dan pilihan terserah kepada kementerian untuk beri perhatian secara objektif.

“Saya juga memohon supaya sebaiknya apa yang baik dalam UEC diserapkan dalam sistem nasional,” katanya.


KOTA BHARU: Kerajaan perlu membuat penelitian mendalam dan menyeluruh sebelum pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah.

Bekas Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, penelitian tersebut perlu dilakukan berdasarkan latar belakang Pendidikan  dan Perlembagaan Persekutuan.




“Akta Pendidikan khasnya mewajibkan semua subjek mata pelajaran dalam bahasa kebangsaan. Jadi sekiranya subjek Matematik dan Sains hendak diajar dalam bahasa Inggeris, ia perlu disegmenkan tidak boleh sekali harung semuanya.

“Penelitian Seksyen 17, Akta Pendidikan tidak mendalam lagi. Akta Bangsa Kebangsaan juga begitu. Penelitian terhadap keperluan negara memang ada tetapi kemahiran berbahasa Inggeris tidak boleh dicapai hanya dengan pengajaran Sains dan Matematik.

“Murid-murid Melayu misalnya perlu terus mempelajari Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan hendak mempelajarinya, bukan menerusi dua subjek itu sahaja,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sepakat Anak Seni bersama Pengerusi Yayasan Budi Malaysia, Tan Sri Dr Rais Yatim di Grand Renai di sini hari ini.

Rais berkata, semasa isu tersebut dibangkitkan pada tahun 2002, beliau berpendapat bahawa Kementerian Pendidikan perlu menjurus kepada usaha membina bangsa dan keutuhan bangsa Melayu.

“Kita perlu sentiasa terus berusaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa kebangsaan dan sebagainya. Dalam konteks itu, perancangan yang komprehensif perlu dilakukan.

“Saya mohon PPSMI tidak dilihat dari jurusan politik. Rugi kita nanti dan kita harus belajar dari beberapa negara ASEAN di mana keibundaan mereka mesti dikukuhkan.

“Saya menyarankan kedudukan bahasa Melayu sebagai tiang seri tamadun kita dan memberikan pengertian kepada tamadun kita.

Loading...

“Saya tidak mengatakan subjek Matematik dan Sains tidak boleh diajar dalam bahasa Inggeris. Kedua-duanya boleh diajar dalam bahasa Inggeris iaitu menurut segmen dan pilihan terserah kepada kementerian untuk beri perhatian secara objektif.

“Saya juga memohon supaya sebaiknya apa yang baik dalam UEC diserapkan dalam sistem nasional,” katanya.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...