Rais Yatim: Gugur kes Guan Eng bertentangan Perlembagaan Persekutuan

Rais mendakwa penjelasan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara (AGC), Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria, bahawa Tommy tidak terbabit dalam keputusan menggugurkan kes berkenaan, bertentangan dengan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan. Sumber (gambar): Fail TTF

#FlashbackTTF: Bekas menteri, Tan Sri Dr Rais Yatim, mendakwa keputusan menggugurkan kes rasuah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, tanpa campur tangan Peguam Negara, Tommy Thomas, bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Jika betul seperti kata Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan AGC bahawa Tommy Thomas selaku Peguam Negara tak terbabit dalam pemberhentian kes rasuah Lim Guan Eng dan rakannya, maka Perkara 145 dicabul.

Seksyen 3 Perkara 145 memperuntukkan Peguam Negara hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan, selain prosiding di hadapan mahkamah Syariah, mahkamah anak negeri atau mahkamah tentera.


KUALA LUMPUR (5hb September 2018): Keputusan menggugurkan kes rasuah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, tanpa campur tangan Peguam Negara, Tommy Thomas, didakwa bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Bekas menteri, Tan Sri Dr Rais Yatim, mendakwa penjelasan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara (AGC), Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria, bahawa Tommy tidak terbabit dalam keputusan menggugurkan kes berkenaan, bertentangan dengan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.




“Jika betul seperti kata Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan AGC bahawa Tommy Thomas selaku Peguam Negara tak terbabit dalam pemberhentian kes rasuah Lim Guan Eng dan rakannya, maka Perkara 145 dicabul.

“Ini kerana hanya Peguam Negara yang berkuasa menarik balik sesuatu kes jenayah,” katanya menerusi Twitter, hari ini.

Seksyen 3 Perkara 145 memperuntukkan Peguam Negara hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan, selain prosiding di hadapan mahkamah Syariah, mahkamah anak negeri atau mahkamah tentera.

Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang melepas dan membebaskan Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP, daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot tanah dan banglo, serta ahli perniagaan, Phang Li Koon daripada dakwaan bersubahat.

Susulan keputusan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menzahirkan rasa terkejut dengan keputusan itu, selain menegaskan keputusan menarik balik kes berkenaan diputuskan Pejabat Peguam Negara.

Semalam, Mohamad Hanafiah dilaporkan berkata, keputusan tidak meneruskan pendakwaan dibuat tanpa pembabitan Tommy, sebaliknya beliau diberi tanggungjawab memutuskan representasi dikemukakan kedua-dua tertuduh pada 6 Julai lalu melalui pendekatan ‘fresh eye’ oleh jabatan berkenaan.

Mohamad Hanafiah berkata, AGC tidak meneruskan pendakwaan kes rasuah itu selepas mendapati bukti dikemukakan di mahkamah adalah lemah.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...