Rais Yatim mempersoal sebab Zakir Naik diberi status penduduk tetap

“Zakir sudah tidak begitu diterima di Indonesia dan beliau ada kes di India. Arab Saudi pun tolak beliau tapi kita terima. Saya berpendapat eloklah diredakan dahulu. Kalau Zakir nak balik dulu, eloklah” – Rais Yatim. Sumber (gambar): TTF

Pengerusi Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan, Tan Sri Dr Rais Yatim mendakwa, kemasukan pendakwah dari India, Dr Zakir Naik sehingga mendapat taraf penduduk tetap (PR) telah membelakangkan perundangan negara ini.

“Adakah sebab beliau boleh mengislamkan orang tertentu sahaja atau ada ilmunya yang orang Malaysia tak ada? Saya ingin tahu juga sebab-sebabnya tapi sampai ke saat ini ‘melenguhnya kerbau di padang’, saya tak ada dapat perjuangan yang boleh dipandang,” katanya.

“Bagaimana beliau mendapat taraf PR? Adakah bergantung kepada pelaburan yang beliau bawa atau ilmu yang dimilikinya tiada pada warga Malaysia khususnya orang Islam dan Melayu?

“Tetapi beliau sudah berada di sini dan mendapat tumpuan ramai sebagai seseorang yang tiada tolok bandingnya di Malaysia. Ini tidak dapat dijawab oleh banyak pihak,” katanya.


SHAH ALAM: Pengerusi Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan, Tan Sri Dr Rais Yatim mendakwa, kemasukan pendakwah dari India, Dr Zakir Naik sehingga mendapat taraf penduduk tetap (PR) telah membelakangkan perundangan negara ini.

Beliau berkata, ini kerana tiada penjelasan daripada mana-mana pihak mengenai alasan Zakir diberikan status PR.

“Kita membelakangkan perundangan negara kita dari segi masuknya seseorang mendapat taraf PR, tanpa sesuatu yang dijelaskan kepada rakyat apa sebenarnya faedah yang akan diperoleh yang mufti kita tak boleh beri?


“Adakah sebab beliau boleh mengislamkan orang tertentu sahaja atau ada ilmunya yang orang Malaysia tak ada? Saya ingin tahu juga sebab-sebabnya tapi sampai ke saat ini ‘melenguhnya kerbau di padang’, saya tak ada dapat perjuangan yang boleh dipandang,” katanya.

Beliau berkata pada Wacana Sinar Harian siri ke-124 berjudul ‘Perpaduan Kaum Di Malaysia: Makin Kukuh Atau Makin Jauh?’ di Dewan Karangkraf, di sini hari ini.

Turut hadir sebagai panel ialah Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi; Ahli Suruhanjaya Diraja Wang Kelian, Dr Tan Seng Giaw dan Ahli Sosiologi Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian.

Manakala, Saiful Nizam Ismail bertindak sebagai moderator.

Menurut Rais, dalam isu Zakir beliau berpendapat, ia harus dilihat dari sudut objektiviti kenegaraan Malaysia.

“Bagaimana beliau mendapat taraf PR? Adakah bergantung kepada pelaburan yang beliau bawa atau ilmu yang dimilikinya tiada pada warga Malaysia khususnya orang Islam dan Melayu?

“Tetapi beliau sudah berada di sini dan mendapat tumpuan ramai sebagai seseorang yang tiada tolok bandingnya di Malaysia. Ini tidak dapat dijawab oleh banyak pihak,” katanya.

Sehubungan itu katanya, lebih baik Zakir dihantar pulang ke negara asalnya bagi meredakan kontroversi di Malaysia.

“Zakir sudah tidak begitu diterima di Indonesia dan beliau ada kes di India. Arab Saudi pun tolak beliau tapi kita terima.

“Saya berpendapat eloklah diredakan dahulu. Kalau Zakir nak balik dulu, eloklah,” katanya.

Sumber:


FOLLOW ME ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...