Raja Permaisuri Agong menjawab Teo Nie Ching: Siapa lebih berkuasa, Kementerian Pelajaran atau PIBG?

Tunku Azizah menegaskan, jawi sebagai warisan orang Melayu dan perlu dimartabatkan. Sumber (gambar): Fail TTF

راج ڤرماءيسوري اڬوڠ منجواب تيو ني چيڠ: سياڤا لبيه بركواس، كمنترين ڤلاجرن اتاو ڤيبڬ؟

Siapa lebih berkuasa? Kementerian pelajaran atau PIBG?” soal Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Twitter hari ini.

“Anak-anak saya juga ke sekolah kerajaan. PIBG hanya untuk menjaga kebajikan dan mutu pelajaran yang disampaikan oleh guru-guru mengikut silibus kementerian,” tulis baginda.

Semalam, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching dipetik sebagai berkata, pelaksanaan tulisan jawi dalam subjek Bahasa Melayu Tahun Empat di sekolah vernakular hanya boleh dilaksanakan dengan majoriti mudah 51 peratus ibu bapa serta PIBG bersetuju.


SHAH ALAM: “Siapa lebih berkuasa? Kementerian pelajaran atau PIBG?” soal Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Twitter hari ini.

Ciapan menggunakan tulisan jawi itu membangkitkan bidang kuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam menentukan pembelajaran jawi di sekolah vernakular.




Dalam ciapan lain, baginda turut menghuraikan peranan PIBG.

“Anak-anak saya juga ke sekolah kerajaan. PIBG hanya untuk menjaga kebajikan dan mutu pelajaran yang disampaikan oleh guru-guru mengikut silibus kementerian,” tulis baginda.

Semalam, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching dipetik sebagai berkata, pelaksanaan tulisan jawi dalam subjek Bahasa Melayu Tahun Empat di sekolah vernakular hanya boleh dilaksanakan dengan majoriti mudah 51 peratus ibu bapa serta PIBG bersetuju.

Jelasnya, pengajaran tulisan jawi di satu-satu sekolah akan dijalankan jika 51 peratus atau lebih borang yang diterima daripada ibu bapa menyatakan persetujuan.

Mengulas lanjut, Tunku Azizah menegaskan, jawi sebagai warisan orang Melayu dan perlu dimartabatkan.

“Tulis jawi itu adalah warisan kita orang Melayu. Mari kita semua gunakan dan memartabatkan tulisan jawi jadi kita semua senang baca,” tulis baginda.

Sumber:

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...