Malaysia Today
DAP didakwa tidak mampu untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) kali kedua kerana mereka berkemungkinan tidak mampu menerima kekalahan dua ‘taiko’ besar parti itu, iaitu Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng.
Penganalisis politik, Raja Petra Kamarudin berkata, Naib Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw dijangka memenangi kedudukan nombor satu dalam pemilihan keanggotaan jawatankuasa parti itu manakala Setiausaha Agungnya yang belum disahkan jawatan, Guan Eng berkemungkinan kalah dan Kit Siang pula hanya berada di tangga ke-10.
Beliau mendakwa, atas sebab itulah, Kit Siang yang juga Penasihat DAP pernah mengarahkan Setiausaha Organisasi Kebangsaannya, Anthony Loke Siew Fook dan Penolong Setiausahanya, Vincent Wu Him Ven untuk membuat penipuan dalam pemilihan parti pada Disember 2012 supaya Seng Giaw boleh ‘ditendang keluar’ daripada memenangi kedudukan teratas.
“Kit Siang meminta Anthony Loke melakukan penyiasatan dan mereka mendapati bahawa Seng Giaw akan memenangi undi tertinggi dalam pemilihan parti pada Disember 2012 bersama dengan yang lain dalam ‘pasukan B’ seperti Nga Kor Ming, Ngeh Koo Ham, Chow Kon Yeow, Dr. Boo Cheng Hau, Chong Chieng Jen dan sebagainya yang akan menduduki senarai sepuluh teratas.
READ MORE HERE
