‘Raja-Raja Melayu dapat hidu kerajaan lakukan segalanya ikut suka hati’ – Khairuddin Abu Hassan

Menurut Khairuddin Abu Hassan, kerajaan mencari pelbagai alasan untuk melenggahkan sidang parlimen kerana takut hilang kuasa. Sumber (gambar): TTF

ءراج-راج ملايو داڤت هيدو كراجأن لاكوكن سڬالاڽ ايكوت سوك هاتيء – خير الدين ابو حسن

Kenyataan-kenyataan dan titah-titah Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu memberikan satu mesej yang cukup penting kepada rakyat Malaysia, iaitu kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah gagal.

Demikian menurut Ketua PEJUANG Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang berkata, Raja-Raja Melayu dapat menghidu bahawa pemimpin-pemimpin kerajaan telah melakukan segala-galanya mengikut suka hati mereka, baik dari segi perbelanjaan dan sebagainya.

Menurut Khairuddin, rakyat secara am kecewa dengan sikap pemimpin-pemimpin kerajaan yang disifatkannya sebagai “kurang cerdik.”

“Pada 17hb Jun2021, Menteri Undang-Undang dipetik menyatakan, Agong tidak menitahkan bulan berapa tetapi secepat mungkin.

“Dalam isu ini, kita dapat merumuskan bahawa inilah sikap biadap dan kurang ajar pemimpin-pemimpin PN yang sengaja memperlekehkan dan mempersendakan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Agong.


PETALING JAYA: Kenyataan-kenyataan dan titah-titah Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu memberikan satu mesej yang cukup penting kepada rakyat Malaysia, iaitu kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah gagal.

Demikian menurut Ketua PEJUANG Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang berkata, Raja-Raja Melayu dapat menghidu bahawa pemimpin-pemimpin kerajaan telah melakukan segala-galanya mengikut suka hati mereka, baik dari segi perbelanjaan dan sebagainya.




“Benda ini berada dalam keadaan yang cukup gelap bagi keseluruhan rakyat. Kerana apa? Kerana Parlimen ditutup!

“Ini menyebabkan apa sahaja perbelanjaan dalam negara tidak perlu dibentangkan dalam Parlimen dan rakyat tidak akan tahu ke mana pergi duit yang mereka kata mereka belanja untuk itu, untuk ini dan sebagainya.

“Sebab itulah ini merupakan satu pokok persoalan yang telah mendorongkan Majlis Raja-Raja untuk membuat satu keputusan bahawa parlimen mesti bersidang,” katanya.

Menurut Khairuddin, rakyat secara am kecewa dengan sikap pemimpin-pemimpin kerajaan yang disifatkannya sebagai “kurang cerdik.”

“Kita tengok, pada 16hb Jun 2021, Yang Di-Pertuan Agong menzahirkan pandangan bahawa, antara lain, persidangan parlimen perlu diadakan secepat yang mungkin.

“Pada 17hb Jun2021, Menteri Undang-Undang dipetik menyatakan bahawa Agong tidak menitahkan bulan berapa tetapi ‘secepat mungkin’.

“Speaker Parlimen pulak dipetik menyatakan bahawa PM berkuasa menetapkan tarikh sidang parlimen dengan perkenan Yang Di-Pertuan Agong.

Loading...

“Jadi dalam isu ini, kita dapat merumuskan bahawa inilah sikap biadap dan kurang ajar pemimpin-pemimpin PN yang sengaja memperlekehkan dan mempersendakan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Agong.

“Tak kan lah seorang menteri, dia tak faham perkataan ‘secepat mungkin’! Ini tidak masuk akal.”

Mengulas lanjut, Khairuddin berkata, berdasarkan peruntukan Perkara 55 (1) Perlembagaan Persekutuan, sidang parlimen seharusnya telah berlangsung pada 17hb Jun 2021 setelah genap enam bulan sidang terakhir diadakan.

“Tetapi kita akui, kita sedang berada dalam satu tempoh Proklamasi Darurat. Kalau tak silap saya, persidangan parlimen terakhir adalah pada 17hb Disember 2020.

“Semalam (Khamis lalu) merupakan 17hb Jun 2021. Ini menunjukkan bahawasanya, dari segi perlembagaan, ianya sudah ‘lapse’, kerana persidangan kena dianjurkan selepas enam bulan daripada persidangan parlimen yang terakhir.

“Tetapi kita tahu, dalam masa Proklamasi Darurat, Perkara 55 (1) tidak terpakai kerana kita kini tertakluk kepada peruntukan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, khususnya, seksyen 14 (1A).

“Jadi, kalau mereka (kerajaan) tidak mahu panggil juga sidang parlimen dalam tempoh Proklamasi Darurat, maksud secepat mungkin itu ialah pada 2 Ogos lah, kerana 1hb Ogos merupakan tarikh terakhir Proklamasi Darurat.

“Tetapi mencari pelbagai alasan untuk membeli masa kerana mereka hendak menjaga kedudukan politik mereka yang begitu ampuh.

“Mereka takut kepada satu perkara sahaja – mereka takut hilang kuasa!”

THE THIRD FORCE

WAJIB BACA: 

KENYATAAN MEDIA: POLIS TURUT PERLU SIASAT HAMZAH ZAINUDDIN ATAS KENYATAAN BERBAUR HINAAN TERHADAP AGONG



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...