راج-راج ملايو دجڠك برتمو سلڤس ڤرجومڤأن اڬوڠ دان ڤميمڤين ڤرتي ڤوليتيك
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka mengadakan pertemuan dengan sembilan sultan pada 16 Jun ini, lapor The Malaysian Insight memetik Singapore’s The Straites Times.
Pertemuan khas raja-raja bagi membincangkan wabak Covid-19 itu diadakan seminggu selepas Seri Paduka bertemu dengan pemimpin parti politik.
Terdahulu, media melaporkan Agong akan menerima menghadap pemimpin parti politik minggu ini dari 9 hingga 11 Jun ini.
Ini kali pertama raja-raja mengadakan pertemuan selepas pembatalan mesyuarat Sidang Raja-Raja pada 24 Februari kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Pertemuan tersebut diputuskan minggu lalu di tengah-tengah krisis Covid-19 yang semakin memburuk di negara ini serta isu berkaitan program vaksinasi, kempen penamatan darurat dan tuntutan agar Parlimen bersidang semula.
“Ini bukan Sidang Raja-Raja tetapi pertemuan khas darurat,” kata sumber parti politik dan istana kepada The Straits Times, lapor The Malaysian Insight.
Terdahulu, media melaporkan Agong akan menerima menghadap pemimpin parti politik minggu ini dari 9 hingga 11 Jun ini.
Ini kali pertama raja-raja mengadakan pertemuan selepas pembatalan mesyuarat Sidang Raja-Raja pada 24 Februari kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.
Sidang Raja-Raja yang diadakan tiga kali dalam setahun kini dijadualkan pada 30 Jun.
Sumber:
WAJIB BACA:
Kantoi: Rancangan tiga fasa Zahid-Najib, desakan Rosmah (Pembongkaran)
Loading...