Raja-Raja Melayu: Tidak ada keperluan lanjutkan Darurat selepas 1 Ogos

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah. Sumber (gambar): Fail TTF

راج-راج ملايو: تيدق اد كڤرلوان لنجوتكن ضرورت سلڤس 1 اوڬوس

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Raja-Raja Melayu sependapat bahawa tidak ada keperluan untuk meletakkan negara di bawah pemerintahan Darurat selepas 1hb Ogos 2021.

Demikian menurut Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad, yang berkata, Raja-Raja Melayu menyokong dan sependapat dengan Yang Di-Pertuan Agong yang menitahkan agar Parlimen segera bersidang.

Terdahulu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan supaya persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin.

“Baginda turut menzahirkan pandangan perlu adanya pentadbiran kerajaan yang stabil dan kukuh serta berupaya berfungsi dengan efektif dalam menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


PETALING JAYA: Raja-Raja Melayu sependapat bahawa tidak ada keperluan untuk meletakkan negara di bawah pemerintahan Darurat selepas 1hb Ogos 2021.

Demikian menurut Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad, yang berkata, Raja-Raja Melayu menyokong dan sependapat dengan Yang Di-Pertuan Agong yang menitahkan agar Parlimen segera bersidang.




“Di Peringkat Negeri, Raja Raja Pemerintah turut berpendirian agar Dewan-Dewan Undangan Negeri dibolehkan bersidang secepat mungkin.

“Kaedah dan prosedur persidangan seperti yang sedang diamalkan di beberapa buah negara yang terbukti dapat mengawal rangkaian jangkitan virus Covid-19 wajarlah diperkenalkan dan diterima pakai di negara ini,” katanya.

Terdahulu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan supaya persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin.

Ini menurut Ahmad Fadhil adalah bagi membolehkan pelan pemulihan negara yang dibentang kerajaan semalam dan pelaksanaan Ordinan Darurat 2021 dibahasakan Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

“Baginda turut menzahirkan pandangan perlu adanya pentadbiran kerajaan yang stabil dan kukuh serta berupaya berfungsi dengan efektif dalam menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut Ahmad Fadil berkata, baginda menyedari tentang peranan Parlimen sebagai satu platform penting untuk wakil-wakil rakyat bersidang bagi membincangkan pelbagai isu khususnya berkaitan penularan wabak Covid-19.

“Ahli-ahli Dewan Rakyat boleh berbincang berkenaan peruntukan perbelanjaan kerajaan bagi membantu rakyat yang di dalam kesempitan dan bagi memulihkan semula ekonomi,” katanya.

Loading...

THE THIRD FORCE

WAJIB BACA: 

Senarai kegagalan kerajaan yang Muhyiddin gagal kenalpasti dalam perutusan hari ini



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...