Rakaman audio Najib-Rosmah dimainkan di mahkamah

Pada 8 Januari, Latheefa Koya selaku Ketua Pesuruhjaya SPRM mendedahkan rakaman yang melibatkan beberapa perbualan yang dikaitkan dengan Najib, Rosmah dan skandal 1MDB. Sumber (gambar): Fail TTF

رقمن اءوديو نجيب-روسمه دماءينكن د محكمه

Rakaman audio perbualan antara Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, yang dibongkarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 8hb Januari 2020 dimainkan hari ini ketika prosiding kes rasuah projek solar hibrid melibatkan Rosmah.

Menurut laporan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Ketua Pendakwaan Datuk Seri Gopal Sri Ram memainkan rakaman itu atas tujuan mengenal pasti saksi pendakwaan ke-21 yang merupakan bekas pembantu Rosmah.

Rakaman itu turut memaparkan suara mirip bekas ketua pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad dan beberapa perancangan sulit melibatkan Najib, Rosmah dan Dzulkifli yang mencadangkan unsur campurtangan orang luar dalam urusan kerajaan, salah guna kuasa dan sebagainya.

Pada 14hb Ogos lalu, Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan, mengesahkan bahawa pembongkaran rakaman itu oleh Latheefa dibuat menurut lunas undang-undang.


PETALING JAYA: Rakaman audio perbualan antara Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, yang dibongkarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 8hb Januari 2020 dimainkan hari ini ketika prosiding kes rasuah projek solar hibrid melibatkan Rosmah.

Menurut laporan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Ketua Pendakwaan Datuk Seri Gopal Sri Ram memainkan rakaman itu atas tujuan mengenal pasti saksi pendakwaan ke-21 yang merupakan bekas pembantu Rosmah.




Pada 8 Januari, Latheefa Koya selaku Ketua Pesuruhjaya SPRM mendedahkan rakaman itu yang melibatkan beberapa perbualan yang dikaitkan dengan Najib, Rosmah dan skandal 1MDB.

Dalam rakaman itu, kedengaran suara Rosmah memberi nasihat kepada Najib dalam nada yang pada awalnya agak kasar di mana kedua-dua mereka membincangkan hal yang bersangkut paut dengan 1MDB.

Rakaman itu turut memaparkan suara mirip bekas ketua pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan beberapa perancangan sulit melibatkan Najib, Rosmah dan Dzulkifli yang mencadangkan unsur campurtangan orang luar dalam urusan kerajaan, salah guna kuasa dan sebagainya.

Pada 14hb Ogos lalu, Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan, mengesahkan bahawa pembongkaran rakaman itu oleh Latheefa dibuat menurut lunas undang-undang.

Menurut laporan, keratan rakaman yang dimainkan di mahkamah hari ini melibatkan dakwaan perbualan antara Najib dan Rosmah.

Ketika ia diperdengarkan, suara yang dikatakan milik Rosmah didengar berkata “Can I advise you on something?” (Boleh saya beri nasihat kepada anda?)

Kemudian suara yang dikatakan milik Najib didengar berkata “Hang on…anything?” (Tunggu sekejap…ada apa-apa?).

Loading...

Selepas rakaman selesai dimainkan, Sri Ram bertanya Rizal siapakah suara dalam rakaman tersebut dan dia menjawab ia milik Najib dan Rosmah.

Sri Ram: Boleh anda kenal pasti suara lelaki?

Rizal: Najib.

Sri Ram: Boleh anda kenal pasti suara perempuan?

Rizal: Rosmah.

Sri Ram: Anda yakin suara lelaki adalah Najib dan suara perempuan adalah tertuduh?

Rizal: Ya.

Sri Ram: Anda ada dengar suara lain?

Rizal: Hanya dua.

Rosmah berdepan tiga pertuduhan penyelewengan

Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta suapan RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan RM6.5 juta daripada Saidi sebagai habuan atas bantuan mendapatkan kontrak bernilai RM1.25 bilion kepada Jepak menerusi rundingan terus.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...