‘Rakan subahat Kleptokrat’ tidak boleh jadi calon PM pembangkang

“Tindakan Anwar bersekongkol dengan Kleptokrat UMNO dan Kluster Mahkamah menjadikan beliau “pemgkhianat mandat rakyat,” sekaligus melunturkan kepercayaan rakyat terhadapnya dan memusnahkan kredibilitinya sebagai calon Perdana Menteri”

Raggie Jessy Rithaudeen

ءراكن سوبهت قليڤتوكرتء تيدق بوليه جادي چالون ڤي عيم ڤمبڠكڠ

Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kredibiliti sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ini susulan pendedahan bahawa beliau bersekongkol dengan Kluster Mahkamah dan Kleptokrat UMNO bagi mendapatkan sokongan terhadap misinya untuk menjadi Perdana Menteri sebelum parlimen dibubarkan.




SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Pendedahan ini dibuat oleh saya sendiri semenjak pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad lagi, di mana Anwar bersekongkol dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapatkan akuan bersumpah sokongan daripada ahli-ahli parlimen UMNO.

Kemudian, ketika kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri menjadi terancam, Zahid secara rahsia menulis surat kepada Istana Negara bagi menzahirkan sokongannya terhadap pencalonan Anwar.

Namun, dalam surat itu, Zahid menipu pihak Istana Negara dan Yang Di-Pertuan Agong kononnya seluruh UMNO menyokong pencalonan Anwar.

Surat berkenaan disokong secara bertulis oleh Najib dan dihantar tidak sampai 48 jam selepas Zahid berjumpa dengan Muhyiddin di kediamannya untuk menjanjikan sokongan padu UMNO terhadap kepimpinannya.

Kemudian, apabila Zahid dan Najib mendapat pengesahan sekumpulan ahli parlimen bahawa mereka bersetuju menarik sokongan terhadap Muhyiddin, kedua-dua mereka tiba-tiba membuat pusingan-U dan memberikan sokongan padu terhadap pencalonan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

Apa pun, sokongan Najib dan Zahid terhadap Anwar disahkan oleh Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman baru-baru ini susulan pemecatannya daripada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Menurut Tajuddin, memang wujud akuan bersumpah (SD) daripada beberapa ahli Parlimen Umno untuk menyokong Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.

Loading...

“Jajaran baru… saya saksi hidup, tak usah nafi memang ada SD ditandatangan hendak sokong Anwar jadi perdana menteri, dan ada surat dihantar pada istana,” katanya.

Malangnya, Zahid tidak berjaya mengumpulkan akuan bersumpah dalam bilangan yang mencukupi, dan disebabkan itu, Anwar tidak pernah berjaya mengumpul majoriti, lebih-lebih lagi apabila sebilangan ahli parlimen Pakatan Harapan turut tidak bersetuju menandatangani surat akuan bersumpah.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, rakyat memberi mandat kepada Pakatan Harapan untuk menerajui negara setelah gabungan itu berjuang menentang Kleptokrat UMNO di bawah kepimpinan Mahathir.

Namun, tindakan Anwar bersekongkol dengan Kleptokrat UMNO dan Kluster Mahkamah selepas Pakatan Harapan menubuhkan kerajaan menjadikan beliau “pemgkhianat mandat rakyat,” sekaligus melunturkan kepercayaan rakyat terhadapnya dan memusnahkan kredibilitinya sebagai calon Perdana Menteri.

Barangkali inilah sebabnya PKR hampir hangus di Sabah ketika Pilihan Raya Negeri dua tahun lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri tersebut, prestasi PKR teramat buruk biarpun Anwar mengadakan sidang media hanya beberapa hari sebelum tarikh pilihan raya untuk mengumumkan “majoriti memberangsangkan” yang tidak mampu dibuktikannya hingga ke hari ini.

Sebaliknya, parti WARISAN yang dipimpin oleh Datuk Seri Shafie Apdal menunjukkan peningkatan ketara dalam prestasi berbanding Pilihan Raya Negeri 2018, biarpun parti itu mengumumkan sokongannya terhadap Mahathir secara terbuka.

Akhir kata, empat Pilihan Raya Negeri – dua di Malaysia Timur dan dua di Malaysia Barat – setakat ini berjaya memberi gambaran yang cukup jelas bahawa:

1.     Anwar dan PKR makin ditolak oleh pengundi, dan

2.     mana-mana parti yang mendukung perjuangan Anwar akan mengalami perosotan dalam sokongan berbanding PRU14.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...